1st entry untuk ari ni aku nak sembang-sembang pasai team England. Katanya arini pengurus baru England, Roy Hodgson akan announce 23 player yang dia nak bawak pi Euro 2012 ni. Mungkin akan ada yang kata, awat la pi cerita pasai England ja, bukannya team len. Sebab dia senang ja, England ni team dia jenih hype skit dan banyak sangat source. Buka pi la website major bola sepak, sahih ada mention pasai England heheh.
Dari apa yang aku duk tengok, Hodgson ni mungkin minat nak wat team based on player-player muda dan selit skit-skit ja player senior. Tambah lak Hodgson ni pi appoint bekas kapten MU, sapa lagi kalu bukan Gary Neville pi jadi coaching staff dia kat England. Kontrak pun bukannya sat, empat tahun tu. Neville ni plak memang duk tau, suka team England yang ada pemain-pemain muda.
Bila dah beralih kepada yang muda, konfem la hat tua-tua ni ketaq kaki takut takleh main kat Euro nanti. Salah satu player senior hat kemungkinan besaq takleh nak main adalah Ferdinand. Maklumla, Ferdinand pun dah nak masuk 34 tahun bulan November ni dan SAF pun kata Ferdinand ni payah skit nak men untuk dua game dalam tempoh empat hari. Kira perlu masa la nak cergas balik.
Kat Euro nanti, kalau ikut jadual game, tiap-tiap team akan ada tiga game dalam masa sembilan hari. Bleh kata padat la jadual tu. Jadi pemain-pemain tu kena hat cerdas dan cepat cergas untuk bleh main selalu. Cam aku kata tadi, pemain hat berumoq memang payah skit nak fit sebab perlu masa. Ferdinand pun kalu duk tengok, main selang seminggu. Cuma kalau terpaksa ja, SAF bagi dia main masa midweek.
Takat lani, pemain senior hat rasanya bleh ada nama dalam skuad adalah Lampard, Parker, Terry, Gerrard dan Cole. Hat len rata-rata 30 tahun ke bawah. Untuk bahagian serangan, Hodgson katanya akan guna pair Rooney dengan Carroll. Carroll jadi first choice banding dengan Crouch sebab prestasi yang baguih sejak akhir-akhir ni. Back-up depa dua mungkin Defoe dengan Welbeck.
Kat tengah lak, duk nampak gaya Parker akan jadi anchorman. Depan dia sama ada Gerrard ataupun Lampard. Winger kiri mungkin salah sorang dari duo player Arsenal iaitu Walcott atau AOC. Winger kanan mungkin bagi kat Young sebab impak dia nampak lebih skit dari Lennon. Untuk simpanan midfield mungkin akan ada Carrick, Wilshere (taktau bleh men ka dak sebab duk cedera), Barry dan Sturridge. Cleverly pun mungkin terselit jugak masuk dalam skuad.
Defend tengah rasanya bagi kat dua CB Chelsea iaitu Cahill dan Terry. Tapi posisi Cahill tu mungkin bleh dicelen oleh Lescott. Lani mungkin sampai masa untuk Baines dipilih sebagai first choice untuk leftback banding dengan Cole. Rightback lak perebutan antara Richards dengan Walker. Johnson nampak payah dah nak celen posisi rightback tu.
Keeper sahih la Hart. Untuk first choice keeper memang takdak masalah, cuma back-up dia la. Pening jugak la nak cari. Hat duk ada pun keeper asai England yang skit baguih adalah Foster dan Ruddy. Robinson dah out dah tambah-tambah bila Blackburn Rovers relegate.
So, ni la lebih kurang skuad England yang aku rasa Hodgson akan pilih pi Euro nanti. Tengok la, kot aku rajin, aku akan post mana-mana artikel/berita pasai team len takpun aku sendiri karang takat mana termampu heheh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan