Khamis, 3 Mei 2012

Tak kalah tapi tak layak


Nasi dah jadi buboq. Itu saja yang boleh aku kata. Ada jugak yang kata 'dah tadak rezeki nak wat genna' dan ada jugak yang kata 'apa ka bangang duk leading elok-elok dua bijik, alih-alih bleh pi seri'. Bagi aku, dua-dua statement tu ada benaqnya.


Mana ada fan Kedah yang tak kecewa dengan result 1hb Mei aritu. Toksah muhong la kata tak heran Kedah takleh pi final Piala FA. Macam aku pun, abih ja 1st half, dah duk berkira-kira nak pi KL nak tengok Kedah main kat final.

Aku memang teruja abih bila tengok Kedah main dalam 1st half. Kredit bleh bagi kat Sabre dengan Fazliata yang betoi-betoi hidup sebagai flanker. Defend bleh cover, attack pun bleh support. Kira taktikal 3-5-2 yang Wan Jamak employ untuk game lawan Kelantan memang menjadi.

Mai 2nd half terutamanya lepas ja sepak mula, Kedah dah mula loi. Cukup sayang la bleh pi lepas gol dua minit lepas 2nd half mula. Kena ja gol tu, momentum Kedah teruih down. Kelantan mula pick-up momentum dan attack kubu Kedah.

Pada aku, Wan Jamak kena guna defensive approach skit dalam 2nd half. Semua sedia maklum Safi baru ja baik dari injury dan bleh kata tak fit 100%. Jadi, Safi tak patut main untuk 2nd half. Bagi dia rest skit. Safi ni leh ganti dengan Thiru. Dahtu tukaq formasi dari 3-5-2 jadi 4-2-3-1. Defend bagi kemas skit dengan balik jadi empat; Sabre - Tibor - Gnan - Thiru. Depan depa untuk jadi shield adalah Keon dengan Ustad. 

Biaq pi la orang nak kata letak bas depan gol ka, hapa ka, yang penting dapat defend dua gol yang dapat masa 1st half. Kelantan konfem akan attack gila babeng punya untuk cari gol dalam 2nd half. So, defend dia akan expose skit dan Kedah bleh main counter attack. Gero kan laju, Meen pun sama. Tadak masalah aiihh kot skali skala nak kucaq kacirkan defend Kelantan kalu main cam formasi ni.

Agak kecewa jugak la dengan performance Safi. Terlampau banyak sangat gelente dan suka passing bila diri sendiri tengah susah. Rugi la juga bila Bad, Meen dan Gero lari buka game Kedah tapi Safi duk kemut-kemut nak release bola. Tu yang aku kata 2nd half Safi tak patut main dah.

Apapun, dah terlepas sudah satu piala. Liga memang jenuh dah. Mungkin kalu nak improve pun, pulun bagi dapat top five. Tu ja kot realistik target untuk Kedah dalam liga musim ni. Cam aku dah sembang sebelum ni, liga bleh jadi platfrom terbaik buat Kedah untuk prepare hadapi Piala Malaysia. Cari formasi dan taktikal terbaik yang sut gameplay dan player Kedah. Kalu Wan Jamak bleh jumpa, tak mustahil Kedah bleh cemerlang dalam piala Malaysia nanti.

Sebelum terlupa, syabas dan tahniah buat barisan pemain dan jurulatih Kedah sebab berjaya sampai semi final Piala FA. Dan pujian kena bagi kat ribuan fan Kedah yang memenuhkan SDA baru-baru ni. Anda yang terbaik! Improvekan lagi attitude sebagai peminat bola sepak dan kurangkan provokasi yang tak sepatutnya.

p/s: Respek kat fan Kelantan. Dah la bagi support kat team, hormat jugak kat azan. Jadi, teringin jugak nak tengok fan Kedah ramai-ramai solat maghrib kat balapan/padang stadium, bukannya surau stadium ya heheh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan