Selasa, 3 Januari 2012

Cerita BPL sahaja


1. Zamora dan Sidwell masing2 menyumbangkan satu gol telah membolehkan kelab mereka, Fulham menewaskan Arsenal dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan setempat melibatkan dua kelab London ini. Fulham memperoleh dua gol tersebut ketika perlawanan berbaki sembilan minit dan Arsenal hanya beraksi dengan sepuluh pemain. Arsenal memperoleh gol tunggal menerusi Koscielny.



2. Barton telah diarahkan keluar padang buat kali kelima dalam kariernya apabila dilayangkan kad merah dalam perlawanan antara QPR dan Norwich City (NC). Barton menerima layangan kad merah selepas dilihat cuba menandukkan kepalanya terhadap pemain NC. Dalam perlawanan ini, QPR tewas 1-2 kepada NC.

3. Setelah berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Chelsea baru2 ini, Aston Villa (AV) gagal mengulangi persembahan cemerlang tersebut ketika bertemu Swansea City (SC) di mana AV tewas 0-2 di halaman sendiri. SC pula berjaya memperoleh kemenangan pertama di halaman lawan dengan Dyer dan Routledge menyumbangkan gol buat SC.

4. Sepertimana Aston Villa, Blackburn Rovers (BR) turut gagal meneruskan kecemerlangan menewaskan kelab besar apabila tumbang 1-2 di tangan Stoke City. Dua gol Stoke dijaringkan oleh Crouch yang memperoleh 100 gol liga sepanjang kariernya manakala Goodwille menjaringkan satu gol buat BR.

5. Chelsea berjaya bangkit daripada kekalahan yang dialami baru2 ini dengan memperoleh tiga mata penuh di halaman lawan dengan menewaskan Wolves dengan keputusan 2-1. Lampard menjaringkan gol kemenangan buat Chelsea selepas kedua pasukan terikat 1-1 tatkala perlawanan menuju ke wisel penamat.

6. Penyerang MU, Macheda telah menyertai QPR secara pinjaman sehingga tamat musim ini. Macheda menjadi pemain pertama yang berjaya diperoleh oleh pengurus QPR ketika terbukanya tingkap perpindahan bulan Januari ini.

7. Penjaga gol MU, DDG yakin mampu bangkit dari persembahan buruknya dengan memperkemaskan corak permainannya. Setakat ini, DDG yang melepaskan 26 gol dari 19 perlawanan dilihat tertekan untuk mengekalkan posisinya dalam kesebelasan utama MU memandangkan penjaga gol MU yang lain iaitu Lindegaard berjaya memperoleh rekod 6 'clean sheet' secara berturut2.

8. Penyerang Liverpool, Suarez akan mengikut jejak langkah kapten Chelsea, Terry untuk ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan membangkitkan isu perkauman terhadap pemain MU, Evra. Suarez juga dijangkakan akan diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool bagi pertemuan menentang Man City.

9. AC Milan dikatakan ingin mendapatkan dua pemain Man City iaitu Tevez dan Balotelli sekiranya mereka berjaya menjual penyerang mereka, Pato. Ketika ini, Pato yang diletakkan harga sekitar 45 juta pound telah menarik minat kelab Perancis, PSG selain Chelsea yang telah lama menyimpan hasrat untuk mendapatkan Pato.

10. Bekas pemain Liverpool dan Everton, Gary Ablett telah meninggal dunia baru2 ini selepas mengidap penyakit kanser darah. Ablett mencatatkan sejarah tersendiri apabila beraksi dengan dua seteru setempat Merseyside.

11. Walaupun dikaitkan dengan AC Milan, pemain tengah Spurs, VDV telah menyatakan hasrat untuk terus kekal di kota London. Ini sekaligus memberikan nafas lega buat pengurus Spurs, Redknapp selepas timbul spekulasi mengatakan mereka berdua telah bertelagah.

12. West Ham United (WHU) yang kini beraksi dalam Liga Kejuaraan diberitakan berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan Spurs, Corluka secara pinjaman. Corluka kurang beraksi bersama Spurs musim ini selepas peningkatan memberangsangkan yang ditunjukkan oleh pemain muda, Walker. 

13. Rooney dijangkakan akan memperkuatkan MU dalam pertemuan menentang Newcastle United (NU) selepas diketepikan pada perlawanan dengan Blackburn Rovers baru2 ini. Walaupun SAF mengatakan Rooney disisihkan dalam perlawanan tersebut akibat mengalami sedikit kecederaan dan kurang cergas, namun timbul berita mengatakan SAF bengang dengan tindakan Rooney yang keluar malam dan tidak serius ketika menjalani latihan seterusnya menyebabkan SAF menafikan Rooney untuk beraksi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan