Sabtu, 14 Januari 2012

Preview: MU vs Bolton Wanderers


SAF pastinya ingin menjadikan kemenangan ke atas Man City yang dicatatkan pada minggu lepas sebagai pemangkin kepada MU untuk terus memburu kemenangan bagi mencabar kejuaraan BPL musim ini. Sepertimana ketika MU tewas ketika bertemu Blackburn Rovers di mana dalam perlawanan tersebut MU sepatutnya memperoleh kemenangan kerana berhadapan dengan kelab yang berada di zon penyingkiran, cabaran yang akan diberikan oleh Bolton Wanderers (BW) tidak seharusnya dipandang mudah oleh MU.


Setelah mengalami dua kekalahan berturut2 dalam perlawanan BPL, SAF akan memastikan kesebelasan utama MU yang  diturunkan dapat mengelakkan MU dari berputih mata lagi. Yang pasti, Rooney akan menjadi pemain pertama yang disenaraikan selepas memberikan aksi yang baik serta menjaringkan dua gol berharga ketika MU menentang Man City baru-baru ini.

Pada pendapat aku, SAF akan terus memberikan masa kepada DDG untuk terus berehat dan menyesuaikan diri dalam saingan BPL. Ini sekaligus membolehkan Lindegaard terus mengawasi gawang gol MU dalam perlawanan malam nanti. Kudrat Ferdinand akan terus ditagih dan akan berpasangan dengan Evans yang kembali menyertai kesebelasan utama MU selepas disisihkan. Smalling yang dijangkakan kembali cergas selepas pulih dari kecederaan ringan akan mengisi slot rightback dan kapten sementara MU iaitu Evra beraksi di leftback.

Bahagian tengah akan menyaksikan sedikit perubahan di mana Jones akan diturunkan untuk berpasangan dengan Carrick. Mereka berdua akan menjadi tunjang di bahagian tengah dan akan diapit oleh Valencia dan Nani.Valencia dan Nani setakat ini telah memberikan persembahan yang baik berbanding JSP yang sedikit tenggelam pada musim ini manakala Young terpaksa berehat akibat mengalami kecederaan.

Sepertimana yang dinyatakan di atas, Rooney akan mengetuai serangan MU dan akan dibantu oleh Welbeck yang turut cemerlang ketika beraksi menentang Man City. Bagi memecahkan benteng BW, MU memerlukan larian deras Valencia dan Nani di bahagian sayap serta hantaran lintang yang kemas bagi membolehkan Rooney atau Welbeck menjaringkan gol. Berdasarkan kepada kekuatan BW, MU akan cuba menguasai bahagian tengah menerusi Jones dan Carrick sementara Valencia dan Nani akan menjadi penggerak serangan MU.

Tatkala MU kini berkongsi mata dengan Spurs di tangga kedua, kemenangan ke atas BW sekurang-kurangnya memberikan semula keyakinan kepada MU untuk terus mengejar Man City. Bagi perlawanan malam ini, aku menjangkakan MU memperoleh kemenangan bergaya 6-0 di mana Rooney menjaringkan hatrik dan tiga gol lagi disumbangkan oleh Welbeck, Nani dan Jones.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan