Isnin, 30 Januari 2012

Akhirnya telur berjaya dipecahkan


Kedah akhirnya berjaya jugak pecahkan teloq apabila boh sebijik gol masa tewas 1-3 kat Johor FC. Ppperrrgghhh punya la amik masa nak pecah. Mokalu lama lagi, sahih kemuruk abih teloq tu. Besa la, kalu kemuruk, takkan nak pi rebuih atau goreng, lempaq buang ja la. taruh pun, buat menyemak peti ais ja hahaha.

Banyak sangat aiihh masalah yang menyelubungi Kedah lani, bukan takat pasukan bola ja kena tibai, skali dengan MB pun kena daa. Tapi takpa, aku takmo la nak sembang meleret pasai benda len kecuali bola sepak Kedah.

Mungkin pada awainya, bila tak dapat import hat berjenih, boleh la humban segala bapak kesilapan tu kan management KFA. tapi bila dah main 3 4 game, takkan nak salahkan 100% kat management. Rasanya pemain pun kena jugak la mengaku silap, termasuk jugak la dengan barisan coach.

Bagi aku, Kedah lani kena reformasi abih. Dengan KFA, coach, manager dengan pemain skali kena rombak. Ustaz Azizan duk nampak cam payah nak pegang kerusi presiden KFA. Bukan apa, kalut dengan urusan hat lebih penting. Sebaiknya, bagi ja orang len pegang jawatan tu. Kalu dulu-dulu bleh la cadang allahyarham DBA, tapi dia dah tadak, jadi aku pun ngong jugak la nak cadang sapa yang layak. Lani duk dengaq cerita, Dato' Hamdan pun takmo dah jadi exco kerajaan negeri dan setiausaha KFA. Katanya takdan nak kampoi sampai nak kerap lawat kawasan sendiri pun takleh. 

Pengurus pun harap misai ja lawa hahaha. Mungkin dah tiba masa dia jugak untuk undurkan diri. Banyak sangat orang duk komplen pasai dia. Aku pun tak berani sure la sama ada cerita-cerita yang orang duk bagitau tu sungguh ka dak. Nak jadi cerita jugak, nasib Kedah ni teruk sebab tadak coach yang fulltime. NA tu bukannya tak baguih, cuma tak proven. Kesian jugak la kat dia. Tapi nak wat camna, dia ja yang bleh tangkap muat nak ganti WJ yang kena gantung. Rasanya kalu WJ tak kena gantung, Kedah tak teruk cam lani.

Lagi satu benda yang wat aku bebai jugak adalah pemain. Ishh teruk sangat prestasi depa. Main seropa budak kampung mana tah. bukannya tahap profesional, gaji ribu-ribu. Tahan bola tah ke mana, passing pun pakai hawin ja, lari pun segan, kira semua la serba tak kena. Yang herannya, pemain hat lama tu yang duk jadi camni. Yang baru tu telah la. Takut jugak la kot-kot ada unsur-unsur rasuah. Harap-harap tadak la.

Cukup la aku merapu meraban tenggelam punca pasai bola sepak Hijau Kuning. Dulu masa aku duk Lembah Klang, skitnya syok ka duk pi stadium sapot Kedah. Jangankan stadium hat dekat, hat jauh pun pi oo nu sampai Pasir Gudang. Mai lani, pi stadium pun malas, nak tengok kut tv pun rasa cam berat. Tapi nak wat camna, team negeri sendiri, kena la sokong. Takkan nak layan bola luaq negara saja kan.

PULUN KEDAH PULUN ooiiiii!!!

2 ulasan:

  1. betoi...kita ni syang bola kedah, walaupun dh tau kui teruk, tp perasaan nk tau tetp ada, tu tnda kita syg team kedah..tp tgok plyer men, wat sakit hati je..men x bersngguh, hmm..hrap ada la perubahan yg mampu wat kita senyum balik..


    hmmm..pemain kedah suka men fb kot,duk baca mcm2 kt fb ni,ada pengaruh skit laa, mental x kuat ni...uhhuhu

    BalasPadam
  2. aku punya harapan utk team kedah utk masa ni adalah nak tgk kedah perbaiki semua kelemahan sepanjang liga super berlangsung. kira men liga ni utk try test pemain, atoq game bagi cun, dahtu men sempoi. menang ka dak, blakang kira. bukan senang nak repair semua ni. bila suma dah setel, harapnya la, mungkin kedah dah bleh wat preparation utk piala malaysia takpun piala FA hehehe

    BalasPadam