Rabu, 6 November 2013

Yang ni ka nak wakil Kedah musim depan


INFO PASUKAN HIJAUKUNING PRA-MUSIM 2014


Menurut pengurusan pasukan hijaukuning, David Mitchell dari Australia adalah calon jurulatih utama buat masa ini dan proses mengikat beliau sebagai jurulatih Kedah adalah di peringkat akhir dan hanya menunggu pengesahan dan penerimaan tawaran dari beliau. Beliau juga diberi mandat dan dipertanggungjawabkan untuk mencari 3 pemain import termasuk 1 kuota import pemain Asian. Difahamkan oleh David, pemain import ketika ini mempunyai 5 orang calon dan pemilihan pemain akan dimaklumkan sedikit masa lagi.

Pemain baru yang telah menyatakan persetujuan lisan/MoU untuk bersama Kedah tertakluk kepada pengesahan akhir kontrak bersama Kedah FA:


1. Azizan Baba - Sarawak FA

2. Mohd Ridwan Ma'on - Felda United

3. Sumardi Hanjalan - Sabah FA

4. Mohd Fauzi Saari - Felda United

5. Mohd Helmi Eliza (GK) - Felda United

6. Mohd Syafizan Hashim - Felda United

7. Azmizi Azmi - Felda United

8. Mohd Rizal Ghazali - Perlis FA

9. Romdhizat Jamian - Perlis FA

10. Henry Lew Han Hung - Piala Presiden Kedah


Pemain sedia ada yang akan dikekalkan juga tertakluk kepada perbincangan akhir bersama Kedah FA:


1. Abd Hadi Abd Hamid - GK

2. Mohd Muhaimin Muhammad - GK

3. Fariss Azlan Mat Isa

4. Mohd Fazliata Taib

5. Khairul Helmi Johari

6. Mohd Fiqkry Mat Isa

7. Mohd Sabree Mat Abu

8. Mohd Shahrul Ezrain Shamsudin

9. Baddrol Bakhtiar

10. Mohd Syamim Aliff Mohd Sobri

11. Wan Mohd Syukri Wan Ahmad

12. Zuraindey Jumai

13. Mohd Faizal Abu Bakar

14. Mohd Syazwan Zainon

15. Mohd Khyril Muhymeen Zambri

 

Siapakah yang akan melengkapkan senarai 25 pemain pasukan Kedah untuk Liga -M musim 2014 ini?

Pengesahan senarai pemain tempatan ini akan diselesaikan sekitar minggu hadapan dan pihak pengurusan akan mengadakan satu mesyuarat khas bersama semua pemain dalam masa terdekat bagi menyelesaikan isu-isu kontrak yang berbangkit.

Persiapan diperingkat akhir ini pasti ditunggu peminat memandangkan tarikh pendaftaran akhir 4 Disember ini semakin hampir dan proses mengikat pemain tempatan semakin rancak.

Nantikan pengumuman rasmi oleh pihak pengurusan untuk mengesahkan status 25 orang pemain sekitar November ini.

Teruskan sokongan anda, musim 2014 pasti Kedah bangkit!

Pulun Kedah Pulun!




source: FB KFA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan