Khamis, 21 November 2013

Kenapa CR layak untuk jadi pemenang tahun ini


Nama CR ternyata menjadi sebutan dan perhatian ramai peminat bola sepak selepas membantu negaranya, Portugal layak ke Piala Dunia 2014. CR menjaringkan empat gol dalam dua pusingan perlawanan play-off yang membolehkan Portugal menumpaskan Sweden secara aggregat 4-2. 

CR memenangi anugerah FIFA Ballon d'Or pertamanya pada tahun 2008 selepas berjaya menampilkan prestasi yang cukup cemerlang ketika bersama MU di mana CR menjaringkan 42 gol serta membantu MU untuk merangkul kejuaraan UCL.

Pda musim berikutnya, CR menyertai Real Madrid dan menyimpan hasrat untuk memenangi anugerah berprestij buat pemain bola sepak sekali lagi. Namun, hasratnya terbantut gara-gara kecemerlangan Messi yang berjaya memenangi anugerah tersebut empat tahun berturut-turut. 

Jadi, CR tetap berusaha keras terutamanya tahun ini bagi memastikan dirinya berpeluang cerah untuk ditabalkan sebagai pemenang. Dengan persembahan yang cukup bertenaga pada musim ini, merangkumi rekod jaringannya yang bagus di Real Madrid dan usahanya membantu Portugal, tidak mustahil CR akan menjulang FIFA Ballon d'Or bagi tahun 2013.

 Statistik CR bagi tahun 2013:





Tiada ulasan:

Catat Ulasan