Isnin, 25 November 2013

Kedah ke separuh akhir


Kedah berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2013 selepas mengetepikan cabaran Pahang dengan kemenangan secara aggregat 5-2. 


Pada perlawanan suku akhir pertama yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah mencatatkan kemenangan 3-1 sekaligus membawa bekalan yang cukup selesa ke Kuantan bagi perlawanan kedua. Kedah ternyata tidak memandang mudah saingan yang diberikan Pahang dengan cuba memastikan kemenangan berjaya untuk diperoleh.

Ternyata, Kedah lebih layak untuk ke separuh akhir apabila menewaskan Pahang dengan keputusan 2-1 sekaligus akan bertemu dengan Selangor nanti. Perlawanan separuh akhir PERR 2013 akan berlangsung pada 1hb dan 8hb Disember ini dengan Selangor akan menjadi tuan rumah terlebih dahulu bagi perlawanan pertama.

Senarai penuh pegawai dan pemain Kedah bagi PERR 2013:




sumber: FB Persatuan Bolasepak Melayu Kedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan