Selasa, 25 Jun 2013

Takat mana dah Piala Konfederasi 2013


Saingan peringkat kumpulan Piala Konfederasi 2013 sudahpun berakhir dan kini tumpuan terarah kepada pertembungan di peringkat separuh akhir. Selaku juara Kumpulan A, Brazil akan bertemu dengan Uruguay manakala Sepanyol yang menjuarai Kumpulan B akan menentang Itali dalam perlawanan separuh akhir.

Uruguay pastinya bakal berhadapan tugas getir memandangkan Brazil telah menampakkan kebangkitan yang cukup memberangsangkan semasa Piala Konfederasi 2013 berlangsung walaupun Uruguay merupakan juara Copa America.

Pertemuan Sepanyol dan Itali boleh dikatakan perlawanan ulangan bagi perlawanan akhir Euro 2012 di mana Sepanyol berjaya menundukkan Itali untuk menjadi juara eropah dua kali berturut-turut. Berdasarkan prestasi semasa, aku menjangkakan Brazil akan berjumpa dengan Sepanyol bagi penentuan kejuaraan Piala Konfederasi 2013.



Kedudukan carta peringkat kumpulan:



Keputusan perlawanan peringkat kumpulan:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan