Isnin, 6 Ogos 2012

Titian perjalanan Kedah dalam PM nanti


Ramai dah kot yang tau team mana yang diundi untuk duk sama dengan Kedah. Bleh aku katakan tiga team tu memang cekang abih wa cakap lu, KELANTAN, TERENGGANU dan ATM. Rasa-rasa Kedah bleh lepas tak? hahah.

Sapa tak kenai dengan Kelantan. Penuh dengan player yang baguih belaka. Norsharul, Indra Putra dan Badri Radzi antara sebahagian pemain yang jadi tunjang Kelantan. Memang depa ni faveret la nak jadi juara kumpulan, tapi Kedah tampak bleh wat kejutan. Lagipun, kalau tak salah aku, Kedah penah jugak menang dengan Kelantan, bukan kat SDA, tapi kat Kota Bharu.

Terengganu lak antara pasukan yang aku rasa ketaq jugak dengan Kedah. Bukan apa, rekod Kedah dengan Terengganu bleh kata baguih jugak. Kalau Kedah bleh bawak turun 1st eleven hat kuat, tanpa ada masalah kecederaan dan sebagainya, bleh aiihh tapau Terengganu heheh. Perrgghh optimis gila!!

Last skali ATM. Pasukan hat jadi juara Liga Perdana tahun ini. Kata ja men dalam Liga Perdana, tapi pasukan penuh dengan player power. Kedah bleh jumpa balik top striker, Marlon yang lani punya sempoi duk boh gol untuk ATM.

Apapun, Kedah kena up balik prestasi yang baguih seropa cam duk tunjuk masa penghujung nak abih Liga Super aritu. Jangan hat awai musim dah la, yang tu memang kelam abih hehe. Tak mustahil aihh Kedah bleh layak pi suku akhir walaupun duk satu group dengan team hat kuat. Yang penting usaha sungguh-sungguh dan BELIEVE, chewah cam MU lak hahah.

1 ulasan: