Rabu, 29 Ogos 2012

Apa yang terbaru pasal MU?


Kalau hendak diikutkan, terlalu banyak cerita dan berita tentang MU yang ingin dikongsikan dan disembangkan. Ada yang menarik, ada yang menggusarkan. Jadi, aku akan cuba 'cover' semuanya untuk entry kali ini.

Sepertimana yang diketahui, Rooney mengalami kecederaan yang amat teruk di mana luka di pehanya memerlukan 10 jahitan dan akan berehat selama hampir dua bulan. Sebelum ini, rasanya ramai peminat MU khususnya akan berasa risau akan ketiadaan Rooney, tetapi pada ketika ini, MU sekurang-kurangnya berasa lega kerana mempunyai ramai pemain yang mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Rooney.

Berdasarkan entry terdahulu, terdapat ulasan mengatakan kecederaan Rooney merupakan 'blessing in disguise' buat MU. Ini adalah kerana SAF tidak perlu memeningkan kepala memikirkan bagaimana untuk meletakkan Rooney, RVP dan Kagawa dalam kesebelasan utama. Dengan ketiadaan Rooney, RVP kini menjadi targetman buat MU untuk menjaringkan gol dan akan dibantu oleh Kagawa yang boleh dikatakan cemerlang dalam dua perlawanan BPL setakat ini.

Pada pendapat aku, formasi 4-2-3-1 yang digunapakai oleh MU ketika bertemu Fulham baru-baru ini merupakan formasi yang terbaik dan memberikan impak yang positif kepada MU. Bayangkan jika Rooney dapat beraksi, di manakah posisi buat Rooney? 


Posisi sayap kanan sememang menjadi milik tetap Valencia kerana keberkesanannya melarikan bola serta membuat hantaran silang ke dalam kotak penalti lawan. Young juga mempunyai ciri-ciri yang bagus selaku pemain sayap seperti larian yang laju dan mampu untuk menggelecek.

Di bahagian tengah pula menyaksikan Cleverly benar-benar menyerlah pada musim ini. Pada pendapat aku, Cleverly akan bermain dengan baik apabila digandingkan dengan Carrick atau Anderson dan mungkin juga Fletcher atau Giggs. Jika berpasangan dengan Scholes, Cleverly kelihatan tenggelam kerana terpaksa mengerahkan tenaga mudanya bagi membantu Scholes ketika bertahan dan ini menyebabkan Cleverly lambat bergerak ke atas untuk menyokong bahagian serangan.

Jadi ketiadaan Rooney sedikit sebanyak tidak akan menjejaskan formasi dan taktikal yang ingin diterapkan oleh SAF untuk musim ini. Formasi 4-2-3-1 ini mungkin akan tampak mantap sekiranya Carrick dapat beraksi semula di bahagian tengah. Selain itu, jika MU mampu untuk mendapatkan Dembele dari Fulham, bahagian tengah MU berupaya untuk mengimbangi pertahanan dan serangan dan sekaligus memberikan ruang kepada Valencia, Young dan Kagawa lebih bergerak ke hadapan tanpa perlu memikirkan tanggungjawab untuk bertahan.

Kagawa juga mengatakan sebelum ini bahawa beliau ingin mendapatkan kepercayaan daripada Valencia dan Young agar memberikannya bola dengan lebih kerap bagi menggerakkan serangan MU. Ini adalah kerana jika MU melancarkan serangan menerusi Valencia atau Young yakni dari sebelah tepi, Kagawa akan kurang memberikan impak seterusnya tidak dapat membantu RVP dalam menghasilkan gol.

Apa yang diharapkan ketika ini adalah MU dapat menurunkan semula pasangan sebenar Vidic di pertahanan tengah. MU agak bersusah-payah dalam dua perlawanan yang diharungi dengan hanya bergantung kepada Carrick untuk membantu Vidic di bahagian pertahanan. 

Berita lain yang melibatkan MU adalah tentang Berbatov yang kini sedang diintai oleh beberapa kelab dengan melibatkan yuran perpindahan sekitar 5 juta pound sahaja. Selain itu, MU dikaitkan dengan pembelian pertahanan muda dari Leicester City iaitu Liam Moore dan pemain Mexico, Hector Herrera yang turut dikenali sebagai Zorro. MU juga diberitakan ingin menjual Nani dan Anderson. Nani telah diletakkan dengan harga 22-25 juta pound menarik minat Zenit St. Petersburg manakala Anderson pula dikehendaki oleh Spurs.

Dan khabar angin yang paling bertiup kencang adalah tentang kesediaan MU untuk melepaskan Rooney selepas SAF dikatakan tidak berpuas hati dengan Rooney atas sebab prestasi di dalam dan luar padang. Dikhabarkan Rooney akan dijual sama ada ketika tingkap perpindahan bulan Januari atau pada musim panas tahun hadapan.

Apapun, masih terdapat dua hari sahaja lagi sebelum tertutupnya tingkap perpindahan untuk musim panas ini. Sama-sama kita semua nantikan sama ada MU membuat sebarang pembelian baru atau melepaskan beberapa pemain.

2 ulasan:

  1. dgn ramai pemain2 yg dok ada, terpaksala sacrify pemain2 tertentu…tp yg baiknya MU ada byk option utk sebarang perubahan taktikal…harap2 player star boleh paham la…takaut ada yg tak puaih hati nak keluaq ja...

    BalasPadam
  2. mungkin sebab takut ada yang tak puas ati, tu yang SAF nak jual anderson dengan nani tumpang ada orang interest. kita pun tau camna performance anderson dengan nani. aku duk memang tak ralat kalu MU juai depa dua hahah. bukan apa, cleverly dah ada. tu tak kira powell lagi. kot payah sangat, giggs dengan scholes pun bleh bagi main. memang season ni tak nampak sangat MU nak men attacking guna winger...

    BalasPadam