Sabtu, 25 Ogos 2012

BPL Preview: MU vs Fulham


MU pastinya ingin merawat kedukaan akibat kekalahan kepada Everton pada minggu lepas sementara Fulham pula ingin meneruskan rentak kemenangan selepas mencatatkan kemenangan besar 5-0 dengan menumpaskan Norwich City.

MU kini masih menantikan berita gembira tentang status kecergasan Evans yang dikhabarkan akan dapat beraksi dalam perlawanan malam ini. Jika Evans dapat kembali beraksi, SAF pasti berasa lega kerana mempunyai dua pertahanan tengah termasuk Vidic dan tidak perlu membuat rombakan dengan meletakkan Carrick sebagai pemain pertahanan.

Jika Evans tidak dapat diturunkan, SAF perlu menentukan pemain yang akan bergandingan dengan Vidic. Oleh kerana MU telahpun mendapatkan seorang leftback baru, kemungkinan besar Evra akan diletakkan sebagai pertahanan tengah seterusnya memberikan peluang kepada Buttner untuk membuat penampilan sulung bersama MU.

Dengan Evra berpasangan dengan Vidic, Carrick akan diletakkan di posisi asalnya iaitu di barisan tengah. Selain Carrick, Valencia juga akan kembali ke sayap kanan selepas Rafael yang direhatkan pada minggu lepas akan mengisi slot di rightback. Sepertimana yang diketahui, Young akan mengambil tempat Nani di sayap kiri di mana Nani terpaksa diketepikan selepas menampilkan aksi yang cukup hambar ketika bertemu Everton.

Dengan menggunakan formasi diamond, Kagawa akan menjadi bucu teratas bagi menghubungkan barisan tengah dan serangan. Barisan serangan akan diketuai oleh Rooney dan RvP yang diharapkan mampu untuk membuka tirai gol MU untuk musim ini.

Jol pula berkemungkinan besar tidak akan menurunkan Dempsey sebagai hukuman ke atasnya yang cuba untuk mencari jalan bagi menyertai Liverpool. Namun, ketiadaan Dempsey langsung tidak menjejaskan prestasi Fulham yang menampakkan keserasian di kalangan pemain walaupun pada musim ini, Fulham menggunakan pasangan penyerang yang baru iaitu Petric dan Kacaniklic.

Perlawanan malam ini dijangkakan akan menampilkan corak permainan yang cukup berbeza daripada MU. Beraksi di halaman sendiri serta keinginan mencatatkan kemenangan pertama sudah cukup memberikan kelebihan buat MU untuk mengutip tiga mata penuh terutamanya selepas mengetahui pencabar kejuaraan musim ini seperti Man City dan Chelsea telahpun memperoleh kemenangan. Aku menjangkakan MU mampu untuk menewaskan Fulham dengan keputusan 4-1 dengan gol-gol disumbangkan oleh Rooney, RvP dan Kagawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan