Khamis, 30 Ogos 2012

Undian Liga Juara-Juara


Juara liga England, Sepanyol, Itali dan Jerman besar kemungkinan akan berjumpa dalam kumpulan yang sama.


Senario ini akibat 'UEFA coefficient' yang telah mengasingkan wakil dari empat negara gergasi dunia bola sepak dari peti yang sama.

Antara 32 pasukan yang layak, pasukan pilihan akan diletakkan dalam peti yang berasingan sementara pasukan lain akan diberi kedudukan 'UEFA coefficient'.

Kelab dari negara yang sama tidak akan bertemu dalam pusingan berkumpulan sementara pasukan dari persatuan yang sama diletakan di peti lain.

City adalah satu-satunya kelab England yang tidak terpilih dalam pilihan kegemaran untuk undian nanti, walaupun juara bertahan liga. Pasukan Roberto Mancini mempunyai kedudukan yang rendah dan akan dietak dalam kumpulan pilihan kedua atau 'second seed' sementara Chelsea, Arsenal dan Manchester United dalam kumpulan lapan pilihan kegemaran atau 'top eight seeds'.

Ini bermakna City mungkin akan diundi dalam kumpulan yang mempunyai kelab gergasi Eropah seperti Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich.

Kumpulan pilihan kegemaran ketiga dan keempat juga mempunyai pasukan handal.

Scenario paling sukar untuk City adalah jika mereka diundi dalam kumpulan bersama juara Sepanyol Real Madrid, juara Itali Juventus, juara Jerman Borussia Dortmund.

Habuan jika dapat layak ke pusingan seterusnya amat lumayan - Chelsea, juara bertahan tahun lepas mendapat £47.5 juta sementara City hanya dapat £20 juta.

Undian Liga Juara-Juara akan berlangsung pada jam 12 malam nanti.

Peti 1:
Chelsea (Juara Bertahan)
Barcelona
Manchester United
Bayern Munich
Real Madrid (Juara Sepanyol)
Arsenal
Porto (Juara Portugal)
AC Milan

Peti 2: 
Valencia
Benfica
Shakhtar Donetsk (Juara Ukraine)
Zenit St. Petersburg (Juara Rusia)
Schalke 04
Manchester City (Juara England)
Braga
Dinamo Kiev

Peti 3:
Olympiacos (Juara Greece)
Ajax (Juara Belanda)
Anderlecht
Juventus (Juara Itali)
Spartak Moscow
Paris Saint-Germain
Galatasaray (Juara Turki)
Lille

Peti 4:
Celtic
Borussia Dortmund (Juara Jerman)
BATE Borisov
Dinamo Zagreb
CFR Cluj
Malaga
Montpellier (Juara Perancis)
Nordsjaelland (Juara Denmark)




source: http://www.espnstar.my/bola-sepak/berita/detail/item847270/Undian-Liga-Juara-Juara/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan