Isnin, 6 Ogos 2012

Kompilasi seminggu berita tentang MU


1. MU telah menerima penajaan baru dari General Motor bermula pada musim 2013/2014. Dikatakan penajaan tersebut adalah sekitar 30 juta pound setahun dan merupakan rekod penajaan tertinggi, mengatasi Barcelona yang memperoleh penajaan 25 juta pound setahun. MU bakal memaparkan CHEVROLET di jersi menggantikan AON yang dipakai ketika ini.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/manchester-uniteds-chevrolet-sponsorship-is-worth-1215088



2. Lindegaard telah menandatangani kontrak baru untuk terus bersama MU selama empat tahun lagi. Walaupun SAF tampak membayangkan bahawa De Gea menjadi penjaga gol nombor satu MU, namun Lindegaard berpontensi untuk merebut slot tersebut. Tambahan pula, Lindegaard berkemungkinan besar akan beraksi di permulaan saingan BPL musim depan selepas De Gea akan diberikan tempoh rehat yang panjang.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/manchester-united-goalkeeper-anders-lindergaard-1211006


3. Fletcher kini telah menjalani latihan ringan dan mula berlatih menendang bola dalam usahanya memastikan dirinya kembali cergas selepas berehat panjang akibat kecederaan yang dialaminya.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4472100/Darren-Fletcher-returns-to-training-with-Manchester-United.html


4. MU telah dikaitkan dengan pembelian pemain muda Sepanyol, Isco yang kini beraksi di Malaga. Pemain berusia 20 tahun itu merupakan pemain B-21 Sepanyol yang boleh beraksi di bahagian sayap. Oleh kerana Malaga mempunyai masalah kewangan, Isco kemungkinan akan dijual dan MU merupakan salah satu pasukan yang berminat terhadapnya.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/manchester-united-chase-spain-and-malaga-1220058


5. Van Persie dikhabarkan menarik balik keputusan untuk berhijrah selepas mendapati Arsenal sedang berusaha memperkuatkan pasukan dengan kehadiran pemain-pemain yang bagus. Ini sekaligus menolak kemungkinan Van Persia untuk menyertai MU pada musim panas ini.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/arsenal-skipper-robin-van-persie-1218984


6. MU sekadar seri 0-0 dengan Valerenga dalam aksi perlawanan persahabatan malam tadi. Namun, berita menggembirakan adalah kehadiran semula kapten MU, Vidic yang kembali beraksi selepas terpaksa berehat panjang gara-gara kecederaan lutut.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4472883/Valerenga-0-Manchester-United-0.html


7. MU menjadikan leftback FC Copenhagen, Bryan Oviedo sebagai sasaran baru sekiranya gagal mendapatkan Baines dari Everton. MU memerlukan leftback baru bagi mencabar Evra di posisi tersebut dan Oviedo menyatakan bahawa beliau bersedia berhijrah sekiranya MU benar-benar membuat tawaran ke atas dirinya.

sumber: http://www.goal.com/en-gb/news/2896/premier-league/2012/08/03/3284617/oviedo-would-consider-manchester-united-move


8. Pogba secara rasminya telah menyertai Juventus selepas keengganannya menyambung kontraknya untuk bersama MU.

sumber: http://www.goal.com/en-gb/news/3276/serie-a/2012/08/03/3285470/former-manchester-united-midfielder-pogba-completes-juventus


9. MU dikatakan berminat untuk mendapatkan Nuri Sahin dari Real Madrid jika gagal mendapatkan Lucas Moura. Terdapat khabar angin mengatakan Moura bakal melengkapkan perpindahannya ke MU dalam masa 48 jam lagi dan sedang menunggu masa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. MU juga akan cuba mendapatkan penyerang Borussia Dortmund, Lewandowski sebagai pilihan lain jika Van Persia tidak berminat menyertai MU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan