Jumaat, 8 Jun 2012

MBD special: Ulasan Kumpulan A


Memandangkan tengah malam nanti, akan bermulanya Euro 2012, maka untuk pagi ini, aku akan cuba buat sedikit ulasan bagi setiap kumpulan yang melibatkan 16 buah negara yang akan merebut kejuaraan Euro untuk kali ini.


Kumpulan A

Russia
Greece
Republik Czech
Poland

Kumpulan A dilihat agak terbuka bagi keempat-empat negara untuk merebut dua slot ke suku akhir. Kekuatan yang cukup seimbang memandangkan kesemua negara tidaklah begitu baik dalam beberapa siri kejohanan. Mungkin Greece sahaja yang cukup gah, itupun menjuarai Euro 2004.

Russia ditunjangi pemain yang rata-ratanya mempunyai pengalaman namun nama mereka tidak terkenal kerana kebanyakannya beraksi dalam liga Russia. Hanya satu atau dua nama seperti Arshavin dan Pogrebnyak sahaja yang mungkin dikenali memandangkan mereka berdua pernah dan sedang beraksi dalam BPL.

Poland yang merupakan salah satu tuan rumah untuk Euro kali ini tampak mampu untuk membuat kejutan. Penyerang utamanya, Lewandowski bakal menjadi 'thrump card' Poland selepas beliau menjadi penjaring terbanyak buat juara liga Jerman, Borussia Dortmund. Sebahagian besar pemain Poland beraksi dalam liga Jerman memandangkan Poland bersebelahan sahaja dengan Jerman. Penjaga gol Arsenal, Szczeny juga menjadi sandaran Poland.

Greece tidak dibarisi dengan pemain yang ternama untuk Euro kali ini, tidak seperti ketika Greece menjadi juara pada edisi 2004. Satu langkah berani oleh pengurus Greece untuk membentuk skuad dari pemain yang kebanyakannya beraksi dalam liga Greece.

Republik Czech mempunyai barisan pemain yang agak hebat kerana menyenaraikan Cech, Rosicky, Perkhart dan Baros untuk saingan Euro 2012. Dengan pengalaman yang dimiliki oleh keempar-empat pemain ini, pemain-pemain Republik Czech yang lain memperoleh semangat bagi beraksi dengan penuh bertenaga.

Aku menjangkakan Republik Czech akan menjadi juara Kumpulan A dan akan diiringi oleh Poland untuk ke suku akhir. Namun perbezaan mata bagi keempat-empat pasukan dirasakan agak rapat.

4 ulasan:

  1. baros men lagi noh..lama dh duk dengar nama tu. mesti tua dah ni, kumpulan ni nampk mudah,kira seimbang le, kn best klu portugal duk group ni.hahahaha. jangkaan aku lak maybe russia juara kumpulan ni diikuti poland.huhuhu..agak jee leee..hihih

    BalasPadam
  2. baros tu takla tua sangat, baru 32 or 33 tahun ja. skill sondol dia yang diingati sangat2, yang menyebabkan Liverpool beli dia dulu.

    BalasPadam
  3. nampaknya bakal meleset la….Russia ada experience player yg main Euro 08…Dragoev tu kira new Arshavin la tu…muda lagi…boleh juara kumpulan….Czech ramai yg dh slow… pilihan aku Russia & Greece.

    BalasPadam
  4. itu la. terlepas info kata russia tak kalah dalam 14 game sebelum euro start. maksudnya preparation depa mmg superb. lagi satu lupa kata manager depa, dick advocaat tu pun power heheh

    BalasPadam