Isnin, 4 Jun 2012

Selepas seminggu yang sunyi


Yaaaa kini aku dah kembali selepas menyepi selama seminggu dari post apa-apa entry dalam blog ni. Jangankan nak update blog, banyak news pasai bola pun aku miss sebab kalut sepasai, dahtu takleh nak buka internet. Bila tadak internet tu, paham-paham ja la, memang akan lag la dari segala cerita.


Duk baca komentar pasai dua game friendly England, kebanyakannya puji approach Hodgson ni. Hodgson ni ramai yang dah pakat tau taktikal apa yang dia suka guna. England lani bleh kata cuba dijadikan oleh Hodgson ni sebagai satu team yang liat nak kalah dan attacking secara pantas. Kira, Hodgson akan cuba concentrate kat midfield dan defend tu bagi kemas. Attacking tak bapa nak pikiaq sangat. Apapun, jangan expect tinggi sangat England dalam Euro ni. Aku bajet pun England leh sampai suku akhir ja.

Dalam dua game friendly, duo player MU boh gol. Lawan Norway, Young dan hat terbaru lawan Belgium, Welbeck. Young ni bila kat England, duk deploy as back-up striker. Nampak cam berkesan lak main kat situ. Mana tau, kot-kot musim depan Young leh support Rooney lak hehe. Welbeck pun kemungkinan besaq akan main dalam first game Euro England lawan France sebab berjaya bagi impak dalam first game untuk England. Takat la, Welbeck la nampak power skit dari Carroll dan Defoe.

Kesian jugak la kat Ferdinand sebab tak dapat call-up England. Dah la masa first time release squad, nama tak lekat. Dahtu main second time yakni ganti player cedera, Ferdinand tak dapat jugak. Nasib Ferdinand ni kalau untuk tournament besaq-besaq memang tak cukup baik. Ada saja halangan tak bagi Ferdinand ni pi main. Bleh la plak Hodgson ni pi panggil Kelly yang boleh kita 0 pengalaman antarabangsa. Midfield pun sama. Henderson bleh pi boh dalam skuad England ganti Lampard. Awat tak amik ja Carrick? Aku rasa kalau Carrick pair dengan Barry untuk tengah England, akan cover baik punya defend England dan bleh release Gerrard main ke depan skit. Tapi nak wat camna, Hodgson berkenan kat player Liverpool kot heheh.

So Hazard dah out of sight MU. Dia nak join Chelsea sebab nak join Juara UCL dan dapat gaji yang lumayan la, apa lagi. Tapi taktaula chances dia bleh main dalam 1st eleven tu. Dah la Chelsea pun beli Marin. Kot mana nak selit pun taktau. Tapi kot Chelsea pi juai Essien ka, Malouda ka, Mikel ka, free kan skit space untuk midfield, mungkin Marin dan Hazard bleh main kerap untuk Chelsea. 

MU lak nampak cam berjaya nak dapat Kagawa. Tapi ada jugak problem, masalah permit keja la plak. Besa la, foreign worker nak masuk England, kena ada permit keja. Tapi aku positif masalah tu akan setel tapi makan masa la skit, seropa kes Anderson or Chicha ka masa nak join MU dulu. Kena sabaq sat ja. Mokata Kagawa jadi join MU, nampak skit attacking force jadi power. Tapi cam entry aku sebelum ni, aku prefer MU cari hat player bleh main CM/DM. Bagi aku, position ni lagi penting sebab kalau takdak, duk harap kat Carrick sorang ja. Jenuh jugak tu. Tapi mungkin la jugak tak perlu kalau Fletcher bleh main balik musim depan.

Nampak dah kot Nani pun tak bapa mau main kat MU dah. Ha la, tak konsisten. Kalau nak main kanan, ingat senang ka nak dispose Valencia. Kiri lak MU dah ada Young. So, mau tak mau, sama ada Nani kena pulun betoi-betoi atau pi cari kelab len ja. Kot Nani blah, dahtu PJS pun jadi pi main kat Turki, MU dah bleh free up untuk posisi winger. Kagawa pun jenih bleh main banyak posisi. Jadi takdak masalah nak cover.

Aku kalau betoi-betoi nak tengok player baru kat MU, ada tiga nama ni ja, Kagawa, Dembele dan Baines. Mai tiga orang ni bleh kata setel banyak weakness kat semua department MU. Tapi kot ada sorang dua lagi player, cam Gaitan or Alba, kurang-kurang MU bleh bagi saingan sempoinya untuk musim depan. Kot saja-saja nak try, why not MU amik Ronaldinho. Walaupun umoq dah 32 tahun, tapi Ronaldinho ni bleh main lagi sebab skill dia mahai lagi. Tambah lak, Ronaldinho pun nak blah dari Flamengo dan MU takyah bayaq sekupang pun untuk transfer fee dan pikiaq pasai gaji ja. 

Kalau Scholes pun dah 37 tahun, Giggs 38 tahun, takkan Ronaldinho hat baru 32 tahun ni lekeh sangat. Biasanya, pemain hat power ni bleh tahan lama. Zidane pun masa umoq 34/35 tahun bleh main lagi untuk France masa WC 2006. Apapun, pakat-pakat tunggu ja la sapa dia akan jadi pemain baru yang pertama sarung jersi MU untuk musim depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan