Jumaat, 8 Jun 2012

MBD special: Ulasan Kumpulan B


Kumpulan B:

Belanda
Jerman
Portugal
Denmark


Kumpulan undian maut. Masing-masing mempunyai kekuatan yang tidak dapat disangkal selain tiga negara kecuali Portugal pernah ditabal menjadi juara Euro.

Belanda merupakan salah satu pasukan pilihan untuk Euro kali ini selepas menunjukkan konsistensi dalam beberapa tahun ini. Selaku finalis Piala Dunia 2010, Belanda mempunyai barisan bintang ternama bagi semua bahagian, dari penjaga gol sehinggalah penyerang. 

Pemenang kasut emas BPL musim lepas, Van Persie akan mengepalai serangan Belanda dan akan dibantu oleh Robben dan Sneijder. Cuma, jika dilihat dengan lebih mendalam, Belanda mungkin mempunyai sedikit kelemahan di barisan pertahanan namun kekuatan bahagian tengahnya pasti dapat melenyapkan kelemahan tersebut.

Sepertimana Belanda, Jerman juga antara pasukan pilihan. Kekuatan Jerman lebih kepada barisan tengah. Nama-nama besar seperti Ozil, Schweinsteiger, Kroos dan Gotze pasti mencuri tumpuan. Jerman juga mempunyai barisan pertahanan yang kuat. Yang pasti, Gomez akan menjadi penggempur utama Jerman.

Secara umumnya, apabila berbicara tentang Portugal, nama Cristiano Ronaldo pasti tidak dapat dipisahkan. Kudrat kapten Portugal ini akan ditagih sekali lagi untuk membawa cabaran dalam kumpulan yang agak getir ini. Jika, Portugal ingin sekurang-kurangnya melepasi saingan peringkat kumpulan, Portugal perlu mengerahkan semangat dan usaha dari semua pemain dan bukannya mengharapkan kepada Ronaldo sahaja.

Denmark boleh dianggap sebagai 'dark horse' dalam kumpulan B ini. Mungkin ramai yang berpendapat bahawa Denmark hanya melengkapkan kumpulan B, namun bola itu bulat, dan keputusan hanya diketahui selepas 90 minit perlawanan, Denmark mampu membuat kejutan sepertimana yang telah dilakukan pada 20 tahun yang lalu. Denmark dibarisi dengan gabungan pemain tua dan muda bakal mengharapkan Bendtnar untuk meledakkan gol sementara Lindegaard mengawai pintu gol Denmark.

Agak sukar untuk mengagak negara mana yang akan layak ke suku akhir kerana masing-masing boleh dianggap kuat. Bagi aku, aku menjangkakan Jerman dan Belanda akan muncul sebagai wakil dari kumpulan B ini.

2 ulasan:

  1. Mental player Holland sekali lagi hancus sebagaimana pemain2nya lebur dlm liga masing2 kecuali de Jong. Star2 player semua mai dr team yang tak menang apa2 musim ni…lagi satu bila star ramai ni egois tinggi la…bila full control tak bleh score..lwn pulak boh dulu…pasang….

    BalasPadam
  2. yup. robben nak pulun sorang2 ja. sneijder lak men serupa cam nak pikat team baru. RVP? hmm slalu tiang gol duk kat belakang dia, so camna nak skor. apapun, salute kat defend defend Kjaer dgn Agger. totally awesome!

    BalasPadam