Isnin, 11 Jun 2012

Next player for MU.......


So, ramai dah kot norh tau yang MU dah konfem bawak masuk sorang pemain baru untuk musim depan, sapa lagi kalau bukan SHINJI KAGAWA. Teruih terang aku kata, ni merupakan pembelian yang agak baguih dari MU.


Jika banding tengok, dari MU spend 30 juta pound lebih untuk Hazard, MU cuma spend 13 or 12 juta pound untuk Kagawa dan ada topup 5 juta pound jadi total semua 17 juta pound. Kira harga berpatutan jugak la sebab Kagawa ni bukan sekali, bahkan dua kali masuk nama dalam Bundesliga Team of the Season. Dahtu dua musim berturut-turut Kagawa tolong team dua, Borussia dortmund jadi champion. Gol pun dia ada boh jugak, assist jangan cerita la. Baru ni pun masa main untuk Jepun dalam qualifying WC, Kagawa skor jugak sebijik. Kurang-kurang, MU mungkin dah jumpa semula scoring midfielder heheh.

So, who's next to join MU this summer? cheewaahhh cakap omputeh lak. Meh kita list kan nama-nama pemain tu:

Lewandowski - striker
Strootman - defensive midfielder
Modric - attacking midfielder
Dembele - midfielder
Baines - leftback
Powell - striker
Clyne - defender

Sembang pasai Lewandowski dulu. Selaku teammates Kagawa kat Dortmund, Lewandowski ni kalau bleh nak bagi simple cakap, seropa cam Dzeko. Ala, masa Dzeko kat Schalke dulu pun, MU ada juga interest. Tapi mai Man City offer baiknya, Dzeko pi join depa. Oppss, apa crita pasai Dzeko lak ni hehe. Lewandowski jadi antara top goalscorer dalam Bundesliga, ada aerial ability yang cukup mantap, maksudnya untuk bola tinggi la. Kemampuan dia main striker dah ditonjolkan sepenuhnya masa men untuk Poland baru ni. Goal instinct memang superb.

MU memang nak sangat kaki boh gol ni. Ala, traditional no. 10 tu. Walaupun Rooney lani pakai no.10, tapi sebenaqnya role dia lebih kepada no. 9, iaitu sebagai forward, linking between midfield and attacker. So, Lewandowski ni nampak sesuai jugak la dengan MU. Mungkin stumbling block adalah harga dia. Sahih la lepas Euro ni, harga dia mahai skit, kena lak kalau Poland bleh masuk suku akhir.

MU jugak kononnya duk pulun nak amik striker muda dari Crewe, Nick Powell. Walaupun bleh kata budak lagi, banyak gol jugak la dia dah boh. Saiz pun ada, dan yang paling best, harga yang tak mahai sangat sebab selalunya kalu involve dengan youngster berdarah England ni, memang akan mahai punya. Harga Powell ni kut lerah tak sampai 5 juta pound. Boleh sangat la tu hehe.

SAF mungkin finally dah nampak midfield MU dah makin ceroi heheh. Dah tak harap sangat kot Fletcher bleh main balik kot. Kalu bleh men pun, ntah-ntah dua minggu skali, takleh dah kerap-kerap. Jadi lebih baik, cari player baru. Hat terbaru, paling hangat adalah MU dahpun bid Modric. Modric ni takyah cerita panjang sangat sebab ramai dah besa tengok dia men. Cuma aku pening skit dengan position dan role yang sesuai untuk Modric ni kalu sungguh mai MU. 

Bagi aku, Modric ni bleh buka game dari tengah, macam deep-lying playmaker dan mampu support attacker dari tengah, tapi kurang tang nak kaco gameplay opponent. Kira untuk defensive duty tu, Modric nampak tak bapa nak sempoi. Kalu dah attacking ja reti, takka sama cam Kagawa? Ni aku ja yang duk pening sorang-sorang, hangpa hat baca toksah pening hehe.

Strootman hat baru 22 tahun memang pure defensive midfielder. Ada komen kata cara dia men seropa cam Keano. Ha, molek sangat la. Box-to-box and combative midfielder. Satu lagi posisi yang MU perlu sangat-sangat. Sempoi jugak la kalau Strootman ni masuk MU, sebab bleh la campoq skit stail Belanda tu kat MU heheh. Kot tak syok, Dembele pun bleh jugak. Nak tau sebab apa, pi rodek-rodek tengok entry aku hat sebelum-sebelum ni heheh.

MU pun nampak cam yakin nak dapat Baines. Bukan pa, Everton pun ada rumour duk cari replacement untuk Baines. So, tinggai nak tunggu Everton agree ja dengan offer MU. Setuju ja, konfem masuk MU untuk musim depan dan serius cakap, Evra takleh duk senang hati kata posisi leftback tu dia punya dah. Mana-mana tak perform, bleh rotate. Tapi jangan la lak sampai dua-dua tak perform. Jadi camtu, jenuh jugak la MU nanti.

Clyne ni MU mula tertarik masa MU kalah dengan Crystal Palace masa suku akhir Piala Carling. Superb jugak la budak muda ni men. Yang best jugak pasai Clyne ni adalah dia bleh main mana-mana posisi across the back four dan paling penting, kontrak dia abih musim panas ni. So, MU bleh dapat dia FOC, serupa cam defender muda hat mai dari Man City tu, Veseli. Penting oo posisi defend ni. Jadi cam season lepas, Vidic cedera lama, pening kepala SAF jugak la nak atoq defend MU. Tu pun mujoq, Ferdinand tiba-tiba bleh fit slalu, tadak sakit belakang. 

So, player-player ni la hat duk digembar-gemburkan dalam tenet yang dikaitkan dengan MU. Kot ada lagi nama, bleh list kan dalam komen. Mana tau, kot-kot aku terlepas pandang. CHalloooww..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan