Jumaat, 8 Jun 2012

MBD special: Ulasan Kumpulan C


Kumpulan C:

Sepanyol
Itali
Republik Ireland
Croatia


Juara dunia dan eropah, Sepanyol pastinya menjadi pilihan untuk menjuarai Kumpulan C ini. Walaubagaimanapun, Sepanyol bakal berhadapan tugas berat untuk mengulangi prestasi pada Euro 2008 selepas ketiadaan dua tonggak utama iaitu Puyol dan Villa sekaligus memberikan kesan kepada barisan pertahanan dan serangan.

Jadi, Sepanyol mengharapkan Torres dapat mengembalikan sengatnya bagi memburu gol dan tugas tersebut akan dibantu oleh kecemerlangan Silva merencana pergerakan. Secara keseluruhannya, berdasarkan skuad yang disenaraikan, Sepanyol dilihat cukup ampuh dan mampu untuk menjulang kejuaraan Euro kali ini.

Itali pula dihimpit dengan masalah kecederaan yang agak kritikal di bahagian pertahanan sehinggakan pengurusnya terpaksa merombak sedikit percaturan pasukan. Selain itu, Rossi yang menjadi pilihan utama di bahagian serangan turut diketepikan akibat kecederaan. Pirlo, De Rossi dan Balotelli antara pemain Itali yang perlu memberikan persembahan memberangsangkan bagi mengelakkan Itali tersangkut dalam saingan kumpulan.

Ireland ternyata ceria selepas berjaya melayakkan diri ke Euro 2012 selepas kecewa atas kegagalan ke Piala Dunia 2010. Dengan barisan pemain yang boleh dikatakan seimbang dalam semua bahagian selain pemain muda yang meningkat naik seperti McClean dan McGiddy, Ireland mampu memberikan saingan yang cukup sengit dalam kumpulan C.

Croatia turut memiliki peluang untuk layak ke suku akhir jika playmakernya, Modric mampu menjelmakan sesuatu yang menakjubkan dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan. Bahagian serangan Croatia tampak sedikit tumpul kerana tidak mempunyai penggempur berbisa memandangkan Eduardo dan Olic agak tenggelam kebelakangan ini. 

Sepanyol tampak berpeluang cerah untuk ditabalkan selaku juara kumpulan C. Namun, slot untuk tempat kedua bakal mempunyai sangain sengit antara Itali, Ireland dan Croatia. Aku merasakan Ireland mampu untuk menidakkan Itali bagi mengiringi Sepanyol untuk ke suku akhir.

2 ulasan:

  1. hehe…Italy jgn dok pelecei sgt wei….terkojut den tgk azzuri main…spain mcm besa la slow start…ireland `schoolboy mistakes`..croatia seimbang la..

    BalasPadam
  2. heheh mintak maap no. ulasan ni sebelum sepak mula. taktau lak itali leh men sempoi tatkala ada masalah major kat defend. anyway, De Rossi memang superb...

    BalasPadam