Rabu, 28 Ogos 2013

Review: MU vs Chelsea (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 0

CHELSEA 0



Pemain terbaik perlawanan:

TOM CLEVERLEY


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Young >> Valencia
Giggs >> Welbeck


Ulasan perlawanan:

MU dan Chelsea terpaksa berpuas hati dengan masing-masing berkongsi satu mata selepas terikat 0-0 dalam perlawanan yang berlangsung di OT. Walaupun kedua-dua pasukan menampakkan hasrat untuk mendapatkan kemenangan berdasarkan kesebelasan utama yang diturunkan, tetapi MU dan Chelsea menampilkan corak permainan yang berhati-hati bagi mengelakkan gawang masing-masing dibolosi.

Mourinho membuat kejutan apabila tidak meletakkan Ba, Lukaku mahupun Torres di posisi penyerang sebaliknya menaruh kepercayaan kepada empat pemain tengah menyerang iaitu Hazard, Oscar, De Bruyne dan Schurrle bagi menggempur pertahanan MU. Walaubagaimanapun, pertaruhan Mourinho tidak begitu menjadi apabila Vidic dan Ferdinand tenang menahan asakan Chelsea dengan bantuan secukupnya daripada Jones dan Evra.

MU dilihat lebih menguasai permainan terutamanya di kawasan tepi padang memandangkan Chelsea lebih cenderung menjadikan kawasan tengah 'crowded'. Namun begitu, Valencia dan Welbeck gagal beraksi dengan efektif dalam melakukan hantaran silang yang bagus ke dalam kotak penalti Chelsea sekaligus menyebabkan RVP tidak begitu mengancam gawang gol Chelsea.

Mujur Rooney menunjukkan komitmen yang sangat tinggi sepanjang 90 minit perlawanan dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menggerakkan serangan MU dan membuat percubaan ke arah pintu gol Chelsea. Hanya kecemerlangan Cech menidakkan Rooney menjaringkan gol.

Walaupun Rooney lebih diberikan perhatian kerana persembahan bertenanga selain khabar angin perpindahannya ke Chelsea, Cleverley beraksi dengan cukup berkesan di samping Carrick. Cleverley tidak menjadikan usianya yang muda bagi mengimbangi bahagian tengah Chelsea yang lebih berpengalaman iaitu Lampard dan Ramires. Corak permainan yang mudah, kerajinan di atas padang serta ketenangan tatkala menerima tekanan Chelsea membolehkan Cleverley menunjukkan persembahan yang baik sama ada ketika menyerang ataupun bertahan.

DM juga tidak ketinggalan menurunkan kesebelasan utama MU yang lebih kepada menyerang. Tetapi kekentalan yang dipamerkan oleh pertahanan Chelsea menggagalkan usaha MU untuk mendapatkan sebarang gol. Hanya kemasukan Young barulah MU dapat melakukan hantaran silang yang sedikit sebanyak mengucar-kacirkan pertahanan Chelsea. Tetapi hantaran-hantaran tersebut gagal dihidu dengan baik oleh RVP, Rooney ataupun Welbeck.

Pengadil perlawanan turut menimbulkan beberapa kontroversi apabila tidak menghadiahkan sepakan penalti buat MU selepas Lampard dilihat menampan bola rembatan Rooney dengan tangan. Tiada keputusan diberikan oleh pengadil perlawanan walaupun insiden tersebut berlaku di hadapannya.

Keputusan seri 0-0 dengan Chelsea bukanlah satu yang negatif buat MU kerana setakat dua perlawanan, MU telahpun mengutip empat mata, jauh lebih baik daripada prestasi di awal musim lepas. Walaubagaimanapun, sepertimana yang diakui oleh Jones, MU kelihatan seperti kurang sengat di bahagian serangan dan ini perlu diberikan perhatian dan diperbaiki sebelum perlawanan seterusnya terutamanya MU bakal berhadapan dengan dua lagi pasukan ternama iaitu Man City dan Liverpool.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan