Aimar sah milik JDT
BEKAS bintang Argentina, Pablo Aimar sah bakal beraksi bersama pasukan Johor Darul Takzim (JDT) musim depan.
Kelibat pemain yang di canang bakal menyertai pasukan Harimau Selatan
itu mula hangat diperkatakan sejak kehadirannya di Johor Bahru, 22 Jun
lalu.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor
Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dalam satu kenyataannya memuji
keputusan Pablo Aimar untuk bersama JDT.
Meskipun sesi menandatangani kontrak tidak didedahkan, namun Pablo Aimar menolak beberapa tawaran untuk bersama dengan JDT.
“Dia (Aimar) tersenyum dan menjawab bahawa keputusan beliau untuk
bermain bersama JDT bermula sejak beliau tiba di Johor sebelum ini,
beliau sukakan suasana kehidupan di sini dan merasakan Johor merupakan
tempat yang sesuai bagi diri dan keluarganya.
“Beliau juga datang bukan sahaja untuk beraksi bersama Johor, tetapi
juga berhasrat untuk menyumbang ke arah pembangunan belia di peringkat
akar umbi dan juga di peringkat akademi, setelah bersara bermain bola
sepak kelak.
"Wang bukanlah segala-galanya bagi seorang pemain bola sepak
profesional,” katanya dalam kenyataan yang dipetik di laman Facebook
Johor Fan Club.
Tunku Ismail berkata, Pablo memilih untuk bersama Johor kerana
penyokong Johor. Tunku Ismail sebelum ini telah melontarkan hasrat untuk
menyunting pemain Benfica itu.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/aimar-sah-milik-jdt-1.190616
Tiada ulasan:
Catat Ulasan