Selepas dunia bola sepak eropah sunyi seketika terutamanya BPL, akhirnya tirai saingan musim terbaru akan bermula hujung minggu ini. Sebagai salah satu liga yang menarik perhatian seluruh dunia, BPL pastinya akan menjanjikan pelbagai aksi yang menarik dan panas untuk musim 2013/2014 ini.
1. Bersaranya SAF dan digantikan dengan DM - MU mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri di bawah pengurusan DM.
2. Kembalinya Mourinho ke Chelsea - Kemampuan Mourinho sememangnya tidak dapat disangkalkan kerana berjaya memberikan kejuaraan BPL dua tahun berturut-turut dalam dua musim pertamanya di Chelsea.
3. Pembelian besar-besaran oleh Man City - Man City sudahpun berbelanja besar bagi mendapatkan Navaz, Jovetic, Fernandinho dan Negredo yang ternyata memperkuatkan lagi skuad sedia ada.
4. Tiada pembelian terbaru MU (setakat ini) - MU gagal untuk mendapatkan khidmat Thiago dan Fabregas dan kini sedang berusaha untuk membawa sekurang-kurangnya seorang pemain tengah yang baru
MU bakal berhadapan dengan tugas getir dalam lima perlawanan pertama kerana terpaksa menentang Chelsea, Liverpool dan Man City yang masing-masing merupakan seteru buat MU. Perlawanan-perlawanan tersebut adalah ujian yang perlu diatasi oleh DM dengan sebaik mungkin kerana sebarang keputusan negatif akan menimbulkan kegusaran di kalangan peminat MU.
Berdasarkan skuad sedia ada, MU masih lagi boleh dikatakan agak kuat dan mampu untuk bersaing bagi merebut kejuaraan BPL. Walaubagaimanapun, dengan pencabar-pencabar lain sedang memperkuatkan skuad masing-masing, MU akan berhadapan kesukaran jika mengambil kira prestasi pemain berdasarkan musim lepas.
MU ternyata memerlukan pemain-pemain sedia ada menunjukkan prestasi yang diharapkan antaranya Valencia dan Nani yang mengalami kemerosotan ketara pada musim lepas. Rooney pula masih lagi berada di persimpangan dan jika masih kekal di MU musim baru ini, Rooney perlu memberikan sumbungan yang setimpal dengan gaji yang dibayar oleh MU.
DM mengakui bahawa MU memerlukan seorang pemain tengah yang kreatif kerana kini MU hanya mempunyai Carrick selepas bersaranya Scholes. Fellaini dapat memperkuatkan bahagian tengah MU dengan corak permainannya tetapi tidak begitu teknikal dan kreatif. Maka, MU dikatakan sedang berusaha mendapatkan salah seorang trio pemain Real Madrid iaitu Ozil, Modric dan Kaka.
Secara peribadinya, saya merasakan MU berupaya merangkul kejuaraan BPL buat kali ke-21. Ini adalah kerana MU pastinya dapat menunjukkan prestasi secara konsisten seperti musim sebelumnya walaupun di bawah pengurusan DM memandangkan pemain-pemain MU mempunyai mentaliti kejuaraan.
Walaubagaimanapun, MU dilihat masih lemah untuk mencabar dalam UCL musim baru ini. Bagi pertandingan piala pula, FA Cup dan Capital One Cup, MU mungkin berpeluang untuk menjuarai salah satu daripadanya dan dirasakan MU akan memberikan perhatian lebih kepada FA Cup yang sudah lama tidak dimenangi oleh MU.
RVP dan Carrick akan terus memainkan peranan menjadi pemain harapan MU untuk saingan musim baru ini. Zaha pula berkemungkinan besar akan banyak diturunkan dalam kesebelasan utama MU dan akan membuktikan kemampuannya selaku pemain muda England yang berbakat. MU juga memerlukan Vidic bebas dari kecederaan bagi memastikan bahagian pertahanan MU mantap, tidak seperti di awal musim lepas.
Yang jadi persoalan adalah, siapakah yang akan menyarung jersi no. 7? Sama-sama kita nantikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan