Rabu, 28 Ogos 2013

Tak banyak hari dah tinggai


Sehingga hari ini, MU masih lagi belum mendapatkan sebarang pemain baru yang berkaliber terutamanya untuk bahagian tengah. Pelbagai spekulasi mahupun khabar angin telah mengaitkan MU dengan beberapa orang pemain, tetapi yang mencuri perhatian adalah Ozil dan Fellaini.

1. Ozil

Tempat Ozil dalam kesebelasan utama Real Madrid (RM) semakin terancam dengan kehadiran Isco dan Illarramendi dan mungkin menjadi semakin tipis jika RM berjaya Bale dan Suarez. RM dikatakan bersedia untuk melepaskan Ozil, De Maria dan Benzema bagi memastikan skuad mempunyai kekosongan dan menyediakan dana secukupnya bagi menampung perpindahan Bale dan Suarez. Ozil sepatutnya boleh menyertai MU tiga musim lepas tetapi memilih untuk menyertai RM selepas menampilkan prestasi cemerlang buat Jerman ketika Piala Dunia 2010. Ozil dapat menjadi 'playmaker' baru MU memandangkan MU dilihat menghadapi kesukaran menembusi pertahanan Chelsea baru-baru ini akibat ketiadaan pemain yang benar-benar mempunyai daya kreativiti.


2. Fellaini

Corak permainan yang keras menjadi aset buat Fellaini dan ini bakal memperkuatkan bahagian tengah MU jika Fellaini berpindah dari Everton. Bukan itu sahaja, Fellaini dapat menambahkan sengat serangan MU bagi situasi bola tinggi. Pada asalnya, Fellaini merupakan pemain tengah defensif tetapi kemudiannya dibentuk oleh DM menjadi 'forward' atau 'back-up striker' gara-gara kurangnya penyerang di Everton. MU sememangnya memerlukan pemain tengah yang dapat melakukan tugas-tugas defensif bagi melindungi pertahanan dan menguasai kawasan tengah padang.


3. Bale

Rasanya nama Bale terlalu dimegahkan sehingga yuran perpindahannya bakal menjadi yang termahal di dunia walaupun pada hakikatnya Bale tidak pernah lagi mendapatkan anugerah pemain terbaik dunia mahupun eropah jika dibandingkan Ronaldo atau Messi. Jadi, tampak tidak sesuai kiranya perpindahan Bale melibatkan jumlah wang yang besar walaupun Bale sememangnya mempunyai bakat dan potensi yang bagus. Bale membuktikan kemampuannya apabila menjadi nadi utama Spurs pada musim lepas setelah diberikan peranan di belakang penyerang. Pada musim sebelumnya, Bale tidak menunjukkan persembahan yang tidak terlalu menonjol kerana bertindak di sebelah kiri sahaja. Jika MU berjaya mendapatkan Bale, pastinya serangan MU lebih mengancam dengan RVP akan memperoleh bantuan yang cukup berkesan daripada bahagian tengah.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan