Rabu, 21 Ogos 2013

Kira dahsyat la bleh seri


Syabas dan tahniah buat skuad Kedah kerana memulakan saingan Piala Malaysia 2013 dengan langkah kanan setelah berjaya mengikat Juara Liga Super musim ini, Lions XII dalam perlawanan peringkat kumpulan dengan keputusan seri 2-2 sekaligus membawa pulang satu mata yang cukup berharga.


Kemampuan Kedah mencuri satu mata daripada Lions XII dilihat satu kejayaan yang cukup membanggakan kerana Lions XII telah menjadikan Stadium Jalan Besar sebagai kubu kuat yang cukup sukar digempur oleh kebanyakan pasukan dalam Liga Super. Tambahan pula, Kedah juga mampu untuk membolosi Lions XII dengan dua gol dijaringkan oleh Guc.

Nampaknya Dato' Ahmad Shafie mempunyai helah bagi mengikat pasukan bekas anak didikannya iaitu V. Sudramoorthy. Apa yang cukup membanggakan adalah Kedah tidak patah semangat dan berjuang sehingga wisel penamat di mana Kedah memerlukan sepakan penalti Guc di masa tambahan bagi mendapatkan gol penyamaan.

Guc boleh dikatakan menjadi penyerang yang dicari oleh Kedah selama ini kerana membuktikan ketajaman di hadapan pintu gol lawan. Dengan rekod jaringan yang cukup memberangsangkan ketika perlawanan persahabatan pra Piala Malaysia, Guc meneruskan tugasnya mencetak gol buat Kedah dengan dua gol yang cukup bermakna dalam perlawanan malam tadi.

Kedah seharusnya mensasarkan untuk mengutip mata maksimum di halaman sendiri dan pastinya menjadikan pertemuan dengan Perak di SDA pada hari Sabtu ini sebagai platform untuk mencatatkan kemenangan pertama. Jika Kedah mampu untuk menumpaskan Perak, tidak mustahil untuk Kedah melakukan kejutan dalam Kumpulan D yang turut dianggotai oleh Juara Liga Perdana 2013, Sarawak seterusnya cemerlang dalam kancah Piala Malaysia musim ini.

Antara keputusan perlawanan lain:

KUMPULAN A

ATM 3 - Sime Darby FC 4

Johor 0 - Selangor 0


KUMPULAN B

Felda United 0 - T-Team 1

PKNS Selangor 2 - Johor Darul Takzim 0


KUMPULAN C

Terengganu 0 - Negeri Sembilan 2

Pahang 1 - Kelantan 1


KUMPULAN D

Perak 2 - Sarawak 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan