Isnin, 26 Ogos 2013

Preview: MU vs Chelsea (BPL)


Awal pagi esok akan menyaksikan Chelsea menjadi lawan BPL pertama MU di OT yang pastinya akan menjanjikan satu perlawanan yang sengit antara kedua-dua pasukan.



Chelsea menjadi cabaran kuat pertama buat DM selain merupakan lawan BPL pertama yang beraksi di OT. Jadi, DM memerlukan MU untuk beraksi dengan sebaik mungkin, bukan sahaja untuk mengecapi kemenangan, malah memberikan kegembiraan buat penyokong MU di samping membuktikan kemampuannya selaku pengurus MU yang baru.

DM dilihat akan mengekalkan formasi 4-2-3-1 yang digunapakai ketika bertemu dengan Swansea City dalam perlawanan sulung BPL. Tetapi sedikit pertukaran pemain akan dilakukan di bahagian tengah menyerang sahaja. Posisi penjaga gol dan bahagian pertahanan akan tetap dibarisi oleh DDG, Jones, Ferdinand, Vidic dan Evra. RVP pula meneruskan tugasnya selaku penyerang tunggal MU.

Bahagian tengah akan ditunjangi oleh Carrick dan Cleverley manakala Welbeck akan berada di belakang RVP. Nani atau Valencia akan menjadi pilihan buat DM untuk mengisi slot pemain sayap kanan manakala Rooney dan Kagawa bagi slot pemain sayap kiri.

MU memerlukan bahagian tengah yang mantap bagi mengimbangi bahagian tengah Chelsea yang semenangnya agak kuat dibarisi oleh Lampard, Ramires, Hazard, Oscar dan De Bryune. Cleverley mungkin terpaksa bekerja keras bagi membuat asakan dengan cepat terhadap pemain-pemain Chelsea bagi memberikan ruang buat Carrick membuat pintasan seterusnya melancarkan serangan MU.

MU mungkin mempunyai sedikit kelebihan apabila pertahanan Chelsea dilihat tidak memiliki larian pantas dan ini perlu dieksploitasikan oleh keberkesanan dan kepantasan MU menggerakkan serangan balas menerusi Welbeck dan RVP. 

Walaubagaimanapun, MU harus berwaspada dengan kreativiti trio tengah Chelsea iaitu Hazard, Oscar dan De Bryune/Mata yang begitu efektif dalam merobek pertahanan lawan. Jones mungkin perlu bergerak sedikit ke tengah bagi membantu Carrick menahan asakan Chelsea dari kawasan tengah padang lagi.


Jangkaan kesebelasan utama MU:



Jangkaan perlawanan dan keputusan:

Satu layangan kad merah berkemungkinan akan dilayangkan dalam perlawanan awal pagi esok. Ini adalah kerana kedua-dua pasukan akan beraksi dengan bersungguh-sungguh dan akan mengakibatkan pertahanan masing-masing akan bekerja keras menahan asakan lawan. MU mampu untuk mengutip tiga mata penuh jika berjaya membocori gawang Chelsea terlebih dahulu. Aku menjangkakan MU mampu untuk mengecewakan Chelsea dengan kemenangan 2-1 di mana RVP dan Rooney menjaringkan gol buat MU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan