Rabu, 14 Ogos 2013

Review: MU vs Wigan Athletic (Community Shield)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 2
v. Persie 6', 59'

WIGAN ATHLETIC 0


Pemain terbaik perlawanan:

ROBIN VAN PERSIE


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Smalling >> Rafael
Valencia >> Zaha
Anderson >> Giggs
Januzaj >> v. Persie


Ulasan perlawanan:

DM memulakan kariernya bersama MU dengan langkah kanan apabila berjaya membawa MU untuk menjulang Community Shield setelah menumpaskan Wigan Atheltic (WA). WA menjadi lawan buat MU setelah menjuarai Piala FA musim lalu menampilkan aksi yang begitu longgar seterusnya memberikan ruang kepada RVP menjaringkan dua gol buat MU.

MU boleh dikatakan tidak mempunyai masalah ketika berhadapan saingan WA memandangkan statistik perlawanan menunjukkan WA gagal melakukan sebarang percubaan ke arah pintu gol MU yang dikawal oleh DDG. Selain itu, Permainan kemas Vidic beraksi di samping Smalling yang dimasukkan bagi menggantikan Rafael yang mengalami kecederaan bijak mengekang penyerang WA.

Rafael mungkin terpaksa diketepikan daripada beraksi lebih kurang empat ke lima minggu akibat kecederaan yang dialami. Evra pula tampak seperti selesa dengan peranan barunya apabila diberikan lesen untuk kerap bergerak ke atas bagi membantu serangan.

Carrick pula boleh dikatakan menguasai kawasan tengah padang dengan berkesan seterusnya mampu untuk membuat hantaran tanpa sebarang masalah. Cleverley menunjukkan kerajinan apabila berusaha keras mendapatkan semula bola apabila WA menguasai kawalan bola sementara Giggs tidak menampakkan usia tuanya dengan beraksi lebih dari 60 minit dan menerima tepukan gemuruh apabila dikelarkan.

Zaha ternyata mencuri tumpuan dengan persembahan yang mantap walaupun hanya beraksi dalam separuh masa pertama sahaja. Welbeck meneruskan fungsinya di sebelah kanan dan banyak membantu RVP dalam mengancam kubu pertahanan WA.

RVP dilihat meneruskan kecemerlangannya dari musim lepas apabila meledakkan dua gol MU bagi menumpaskan WA. Walaubagaimanapun, WA tidak boleh dianggap sebagai pasukan yang cukup kompetitif buat MU memandangkan MU tampak bermain di bawah tahap sebenar.

Community Shield yang dimenangi diharapkan akan menjadi platform yang terbaik buat MU untuk mengekalkan kejuaraan BPL bagi musim terbaru ini. MU yang kini masih belum mendapatkan pemain baru dikatakan diletakkan sebagai pasukan pilihan ketiga untuk menjuarai BPL berdasarkan Man City dan Chelsea yang telah memperkuatkan pasukan masing-masing dengan kehadiran beberapa pemain baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan