Jumaat, 16 Ogos 2013

Preview: MU vs Swansea City (BPL)


MU akan memulakan saingan BPL musim 2013/2014 dengan berkunjung ke Wales hujung minggu ini bagi bertemu dengan pemenang Capital One Cup, Swansea City (SC) di mana sepak mula perlawanan pada jam 12.30 tengah malam, awal pagi Ahad.




Di bawah pengurusan baru iaitu DM, MU bakal berhadapan dengan cabaran getir dalam lima perlawanan pertama BPL dengan SC menjadi lawan pertama MU dalam saingan musim baru ini. Walaubagaimanapun, kunjungan ke Wales tidak harus dipandang mudah kerana MU hanya mampu mencatatkan keputusan seri sahaja dengan SC.

DM pastinya dalam dilema dalam menentukan kesebelasan utama yang akan diturunkan kerana peluang beraksi terbuka luas untuk direbut oleh para pemain MU. Dirasakan mungkin DDG, Carrick dan RVP sahaja yang boleh mengatakan diri mereka sentiasa menjadi kesebelasan utama MU manakala selebihnya menjadi rebutan.

DM dilihat telah melakukan beberapa percubaan formasi terhadap kesebelasan utama MU ketika jelajah pra-musim selain memberikan peluang kepada pemain-pemain muda seperti Januzaj, Lingard dan Zaha untuk beraksi. Zaha dilihat memiliki peluang yang cerah untuk mencuri slot dalam kesebelasan utama berdasarkan persembahan yang baik berjaya ditunjukkan oleh Zaha setiap kali diturunkan.

Gandingan pemain senior Ferdinand dan Vidic tampak akan menjadi taruhan DM di bahagian pertahanan MU bagi menghadapi perlawanan pertama ini. Jones akan mengisi posisi pertahanan kanan setelah kecederaan menimpa Rafael sementara Evra bakal meneruskan khidmatnya bersama MU di pertahanan kiri.

Dengan menggunakan formasi 4-2-3-1, DM akan meletakkan Cleverley untuk bergandingan dengan Carrick di bahagian tengah MU. Di hadapan mereka berdua, Kagawa akan bertindak selaku 'playmaker' bagi menghubungkan bahagian tengah dan serangan. Valencia dan Nani akan mengambil posisi masing-masing di sayap kanan dan kiri manakala RVP akan beraksi selaku penyerang tunggal.

Untuk musim ini, SC telah diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain baru antaranya penyerang, Bony yang pastinya dapat meningkatkan lagi ketajaman bahagian serangan SC yang selama ini banyak bergantung kepada Michu. Di samping itu, Shelvey yang tiba dari Liverpool dan Canas dari Real Betis akan memberikan pilihan kepada Laundrup bagi menyusun bahagian tengah SC. SC juga berjaya mengekalkan kaptennya, Williams daripada berhijrah ke Arsenal dan ini dilihat sesuatu yang positif kerana tidak menjejaskan keseluruhan pasukan terutamanya di bahagian pertahanan.


Jangkaan kesebelasan utama MU:



Jangkaan perlawanan dan keputusan: 

MU perlu memenangi perlawanan ini bagi menjadi platform terbaik bagi menghadapi perlawanan seterusnya yang lebih mencabar. Kemenangan Community Shield pada hujung minggu lepas dilihat menjadi pemangkin semangat buat para pemain MU untuk mengutip tiga mata penuh dari Wales walaupun SC pastinya akan memberikan saingan sengit buat MU.

Aku menjangkakan MU akan mencatatkan kemenangan tipis 2-1 dalam perlawanan sulung BPL di mana RVP menjaringkan kedua-dua gol MU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan