Khamis, 9 Mei 2013

Perginya seorang lagenda


Arena bola sepak dunia kelmarin telah digemparkan dengan berita mengejut apabila SAF mengambil keputusan untuk bersara dengan mengundurkan diri dari jawatan pengurus MU. Keputusan tersebut benar-benar tidak dijangkakan memandangkan SAF dilihat masih lagi berkemampuan untuk mengendalikan MU bagi tempoh satu atau dua musim lagi.



Selaku pengurus paling berjaya dalam sejarah bola sepak England, SAF berjaya menawan hati segala pihak, sama ada kawan ataupun lawan berdasarkan pencapaiannya yang cukup cemerlang sepanjang 26 tahun berada di MU. Boleh dikatakan, satu dunia belum pernah melihat seseorang individu memegang jawatan untuk satu tempoh yang panjang sebagai pengurus pasukan bola sepak sepertimana yang dilakukan oleh SAF.

SAF menyatakan keputusannya untuk bersara adalah disebabkan kepuasan membawa MU pelbagai kejuaraan termasuk mencatatkan rekod 20 kejuaraan BPL. Selain itu, berdasarkan skuad sedia ada, SAF merasakan MU kini berada dalam keadaan terbaik dengan gabungan pemain muda berpontesi dan senior berpengalan. Oleh itu, SAF meninggalkan MU dengan harapan MU dapat meneruskan penguasaan dalam BPL selain bersaing dengan kompetitif di eropah secara konsisten.

MU pastinya berhadapan tugas berat untuk mencari pengganti SAF. Agak sukar untuk mencari seorang pengurus baru yang mampu untuk mengikuti jejak langkah SAF. Terdapat beberapa calon yang dikatakan sesuai untuk mengambil alih tempat SAF, antaranya David Moyes dan Jose Mourinho.

Dua nama ini dilihat berada di kedudukan teratas senarai calon berdasarkan kemampuan masing-masing. Pep Guardiola mungkin juga boleh dikaitkan untuk mengurus MU sebelum ini tetapi kini namanya telah diketepikan selepas Pep Guardiola telahpun bersetuju untuk mengemudikan juara Bundesliga, Bayern Munich mulai musim hadapan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan