Rabu, 15 Mei 2013

Off topic: EXCO baru kerajaan negeri Kedah 2013


Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah termasuk dua wanita mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishahdi Istana Anak Bukit, semalam.


Adun Guar Chempedak: Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail - Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi

Adun Sungai Tiang: Datuk Suraya Yaacob - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan.
Adun Tanjung Dawai: Datuk Tajul Urus Mat Zain - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya


Adun Kuala Nerang: Badrul Hisham Hashim - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan
Adun Ayer Hangat: Mohd Rawi Abd Hamid - Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, dan Pelancongan


Adun Belantek: Datuk Mohd Tajudin Abdullah - Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan

Adun Jitra: Aminuddin Omar - Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-badan Bukan Kerajaan


Adun Bandar Baharu: Noor Sabrina Mohd Noor - Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi

Menteri Besar: Datuk Mukhriz Tun Mahathir - Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan & Syarikat Milik Kerajaan Negeri.


Dua lagi kekosongan untuk jawatan Exco kerajaan negeri di mana satu daripadanya dikosongkan untuk kuota MCA. MIC tidak tersenarai ekoran tiada seorang wakil parti itu menang dalam PRU13.





sumber: http://www.kedahlanie.info/2013/05/ini-dia-senarai-exco-kerajaan-negeri.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan