Isnin, 15 April 2013

Review: MU vs Stoke City (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED2
Carrick 4'
v. Persie 66' (pen)

STOKE CITY 0



Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):

MICHAEL CARRICK


Kesebelasan utama MU:

 

Pertukaran pemain:

Welbeck >> Chicharito


Ulasan perlawanan:

RVP akhirnya berjaya menamatkan kemarau gol dalam 10 perlawanan terdahulu apabila mencatatkan nama selaku penjaring gol kedua MU di mana MU mengutip tiga mata penuh dengan kemenangan 2-0 ke atas Stoke City (SC) dalam perlawanan yang berlangsung di Britannia Stadium.

MU boleh dikatakan menguasai sebahagian besar pemain walaupun hanya menunjukkan persembahan yang biasa sahaja. Corak permainan SC tidak seperti kebiasaannya apabila tidak memberikan tekanan kepada pemain lawan seterusnya membolehkan Rooney dan Carrick menguasai kawasan tengah padang. 

Rooney diberikan anugerah pemain terbaik perlawanan selepas tamat masa permainan tetapi bagi aku, Carrick tampak lebih menyinar apabila banyak hantaran yang dilakukannya berjaya mengucar-kacirkan pertahanan SC. Selain itu, Carrick dilihat begitu berkesan dalam melindungi barisan pertahanan MU dengan berjaya menyekat pergerakan SC dari kawasan tengah padang lagi.

Jones juga harus diberikan pujian kerana menampilkan persembahan yang cukup bertenaga. SC sememangnya diketahui gemar menggunakan taktikal hantaran bola jauh berjaya dikekang oleh Jones. Gandingan senior, Ferdinand dan Vidic turut tidak mengecewakan sehinggakan kecemerlangan bahagian pertahanan MU menyebabkan DDG boleh dikatakan tidak diuji langsung oleh serangan SC.

Carrick membuka akaun golnya untuk musim ini dengan menjaringkan gol pertama MU seawal minit keempat. Sepakan sudut yang diambil oleh RVP menyebabkan situasi kelam-kabut dalam kotak penalti SC sebelum Carrick menolak bola dengan hujung jari untuk menghasilkan gol. Gol kedua MU yang dijaringkan oleh RVP menerusi sepakan penalti memastikan kemenangan berpihak kepada MU.

Kemenangan ke atas SC membolehkan MU menghampiri kejuaraan BPL musim ini dengan kembali menjarakkan diri 15 mata melebihi Man City. Walaubagaimanapun, kekalahan yang dialami menyebabkan SC berada dalam situasi merbahaya kerana menghampiri zon penyingkiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan