Selasa, 9 April 2013

Review: MU vs Manchester CIty (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 1
Kompany 59' (o.g.)

MANCHESTER CITY 2
Milner 52'
Aguero 78'



Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):

JAMES MILNER


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Valencia >> Welbeck
Chicharito >> Rooney
Kagawa >> Young


Ulasan perlawanan:

MU terlepas peluang keemasan untuk menjarakkan diri dengan Man City (MC) selepas tewas 1-2 di OT. Dengan persembahan yang di tahap biasa, MU sememangnya layak untuk tumpas di halaman sendiri berbanding MC yang menunjukkan keazaman untuk menewaskan MU.

Rasanya ramai peminat MU yang kecewa melihat persembahan yang ditunjukkan oleh Rooney. Ini adalah kerana MU gagal melancarkan serangan yang cukup berkesan dan kemas walaupun menguasai permainan. Sebaliknya, MC lebih tampak merbahaya acapkali mengancam gawang gol MU.

Walaubagaimanapun, pujian seharusnya diberikan kepada Jones yang beraksi dengan cukup cemerlang di samping Ferdinand. Jones bijak membaca permainan MC serta merantai pergerakan Tevez. Namun begitu, kemasukan Aguero benar-benar memberikan kelebihan kepada bahagian serangan MC yang kemudiannya kerap mengucar-kacirkan pertahanan MU.

MU perlu menyalahkan diri sendiri apabila tidak banyak melakukan hantaran akhir yang benar-benar dapat menghasilkan gol. Ini sekaligus menyebabkan RVP kadang-kala berada keseorangan di bahagian atas tanpa bantuan secukupnya daripada Rooney, Welbeck dan Young.

Carrick menampilkan persembahan yang baik bersama-sama Giggs di bahagian tengah dan gandingan mereka berdua dilihat mampu untuk membendung Toure, Barry dan Silva. Tetapi kesilapan mudah Giggs yang cuba membuat hantaran ke belakang memberikan ruang kepada MC untuk melancarkan serangan balas pantas seterusnya meledakkan gol pertama menerusi rembatan deras Milner.

Selepas itu, MU meperkemaskan permainan dan mula menunjukkan kebangkitan. Hasilnya, MU memperoleh sepakan percuma luar kotak penalti di sebelah kiri pintu gol MC selepas Rafael dikasari oleh Toure. Sepakan percuma tersebut diambil oleh RVP di mana bola telah melepasi jangkauan Hart dan ditanduk oleh Jones yang mengenai belakang Kompany seterusnya menerjah jaring gol MC.

MU seolah-olah berpuas hati dengan gol penyamaan yang diperoleh dan mengendurkan permainan. Kesempatan tersebut diambil oleh MC yang cuba memburu gol kemenangan. Sepertimana ketika perlawanan terakhir BPL musim lepas, Aguero sekali lagi menjadi wira MC apabila menjaringkan gol kemenangan selepas bijak menggelecek bola mengatasi cabaran tiga pemain MU sebelum melepaskan rembatan deras yang gagal diselamatkan oleh DDG.

MU yang tersentak cuba untuk kembali menyamakan kedudukan. Tetapi, dengan prestasi pemain yang cukup longlai, MU gagal mendapatkan sebarang gol sehingga wisel penamat dibunyikan. MU kini berada dalam keadaan yang membimbangkan kerana sudah tewas dua kali berturut-turut akibat permainan yang tidak memberangsangkan. MU harus mengenalpasti punca kekalahan dengan secepat mungkin dan memperbaiki segala kelemahan jika ingin menjulang kejuaraan BPL musim ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan