Isnin, 1 April 2013

Preview: MU vs Chelsea (FA Cup replay)


Selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2 dalam perlawanan suku akhir lalu, MU dan Chelsea akan bertempur semula malam ini dalam perlawanan ulangan bagi menentukan pasukan mana akan melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA.



Selepas memberikan alasan bahawa kebanyakan pemain MU mengalami sedikit kepenatan terutamanya dalam separuh masa kedua walaupun mendahului 2-0, dalam perlawanan ulangan ini, SAF dilihat melakukan persediaan yang rapi bagi memastikan MU melepasi cabaran Chelsea. Walaubagaimanapun, tugas ini tampak berat apabila MU akan beraksi di halaman lawan selain baru sahaja bermain dua hari lepas ketika bertemu Sunderland dalam saingan BPL.

Beberapa pemain utama yang tidak beraksi pada hujung minggu lepas pastinya akan diturunkan dalam perlawanan malam ini. Rooney, Ferdinand, Giggs, Nani, Chicharito dan Cleverley akan disenaraikan dalam kesebelasan utama yang mengalami rombakan besar-besaran bagi membolehkan MU menurunkan skuad yang terbaik dan cergas.

Chicharito akan menjadi harapan MU untuk merobek gawang Chelsea memandangkan Chicharito mempunyai rekod jaringan yang agak bagus apabila bertemu Chelsea. Rooney yang cemerlang dalam perlawanan antarabangsa akan memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan serangan MU.

Jika MU mampu untuk menewaskan Chelsea, MU akan berhadapan dengan Man City yang telah sedia menanti di peringkat separuh akhir. Peluang untuk merangkul kejuaraan berganda ini tidak seharusnya dipersia-siakan oleh MU terutamanya apabila sebahagian besar pemain utama MU tidak pernah menjulang kejuaraan Piala FA.


Jangkaan kesebelasan utama MU:



Jangkaan perlawanan dan keputusan:

MU perlu berwaspada dengan rangkaian pemain tengah Chelsea yang begitu mantap dalam menjana serangan. Walaubagaimanapun, MU yang ketika ini tampak teguh di bahagian pertahanan dalam beberapa perlawanan BPL mampu untuk mengekang asakan Chelsea. Aku merasakan MU mampu untuk memperoleh kemenangan jika menjaringkan gol terlebih dahulu. Perlawanan tampak akan berakhir dengan kemenangan 2-1 berpihak kepada MU di mana Rooney dan Chicharito menjadi pemusnah harapan Chelsea.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan