Isnin, 8 April 2013

Dah semakin matang nampaknya


Dengan MU sedang menghampiri kejuaraan BPL ke-20, terdapat beberapa pemain yang memberikan sumbangan yang amat bermakna. 

Antaranya adalah De Gea yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan pada musim ini berbanding musim lepas yang menerima kritikan teruk daripada para peminat. Setakat ini, De Gea telah memastikan gawang MU tidak bolos dalam enam perlawanan BPL yang turut dibantu oleh kecemerlangan bahagian pertahanan MU.

SAF yang sebelum ini berminat untuk mendapatkan penjaga gol Stoke City, Asmir Begovic berkemungkinan besar menolak idea tersebut selepas gembira prestasi yang diperlihatkan oleh De Gea. Berdasarkan prestasi memberangsangkan ini, De Gea dilihat mempunyai masa hadapan yang cerah bersama MU dengan menjadikan dirinya selaku pilihan utama penjaga gol MU.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan