Khamis, 4 April 2013

Review: MU vs Chelsea (FA Cup replay)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 0

CHELSEA 1
Ba 49'


Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):

JUAN MATA


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

RVP >> Cleverley
Giggs >> Nani
Young >> Welbeck


Ulasan perlawanan:

MU sekali lagi terlepas dari menjulang satu kejuaraan selepas tewas 0-1 kepada Chelsea sekaligus tersingkir dari saingan Piala FA musim ini. Kekalahan kepada Chelsea merupakan sesuatu yang amat mengecewakan setelah MU juga gagal menjejakkan kaki ke peringkat suku akhir UCL.

SAF mempertaruhkan kepercayaan kepada Welbeck dan Chicharito untuk merobek kubu pertahanan Chelsea selepas RVP kelihatan kepenatan selepas beraksi menentang Sunderland dan Rooney yang terpaksa diketepikan selepas mengalami sedikit kecederaan. Walaubagaimanapun, Welbeck dan Chicharito tidak menampilkan persembahan yang cukup berkesan apabila tampak terlalu gopoh-gapah dalam melancarkan serangan.

Nani dan Cleverley pula tidak banyak membantu Welbeck dan Chicharito apabila lebih kerap berlegar-legar di kawasan tengah padang selain membuat pertukaran hantaran dengan pemain tengah MU sahaja. Ini seterusnya memaksa Carrick dan Jones bekerja keras untuk mengekang asakan Chelsea yang sememangnya diketahui memiliki pemain yang pantas terutamanya ketika membuat serangan balas.

Seperti yang diakui oleh SAF, Valencia boleh dikatakan pemain terbaik MU dalam perlawanan di Stamford Bridge apabila cukup kental ketika bertahan dan berkesan ketika membantu serangan. Bahagian pertahanan MU yang turut dibarisi oleh Smalling, Ferdinand dan Evra bermain dengan cemerlang menahan serangan Chelsea tetapi tidak mampu untuk menafikan gol cantik yang dijaringkan oleh Ba.

SAF cuba mengubah corak permainan MU supaya menjadi lebih pantas dengan memasukkan Giggs dan RVP bagi menggantikan Nani dan Cleverley. Namun begitu, oleh kerana ketidakberkesanan Welbeck dan Chicharito mengetuai serangan MU, menyebabkan MU tidak banyak membuat percubaan yang benar-benar menguji Cech.

RVP nyaris-nyaris dapat meledakkan gol buat MU tetapi gagal mengenai sasaran. Ketumpulan RVP ini sememangnya meresahkan kem MU dan daripada kegagalan RVP mencatatkan nama selaku penjaring gol MU kebelakangan ini, sedikit sebanyak memberikan kesan kepada keseluruhan prestasi MU musim ini.

Kini, MU perlu memastikan kejuaraan BPL musim ini berada dalam genggaman. Pertemuan dengan Man City di halaman sendiri bagi perlawanan ke-31 BPL mesti menjadi sasaran utama MU untuk terus mengutip tiga mata penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan