Isnin, 8 April 2013

Champion again!!


Walaupun saingan Bundesliga masih lagi berbaki enam perlawanan, Bayern Munich telahpun ditabalkan selaku juara baru untuk musim ini selepas kecewa dalam dua musim sebelumnya. Kejuaraan musim ini merupakan kejuaraan kali ke-23 buat Bayern Munich.



crest

Jupp Heynckes berjaya mengembalikan kegemilangan Bayern Munich dalam musim keduanya bersama kelab gergasi Jerman tersebut. Walaubagaimanapun, tempatnya selaku pengurus pasukan akan diambil alih oleh Pep Guardiola pada musim hadapan.

Heynckes dilambung oleh para pemain Bayern Munich (sumber: http://edition.cnn.com)
 
Dengan kejuaraan Bundesliga telahpun selamat berada dalam tangan, tumpuan Bayern Munich kini beralih kepada UCL yang kini sedang selesa mendahului Juventus 2-0 selepas perlawanan pusingan pertama separuh akhir dan perlawanan separuh akhir Pokal Cup menentang Wolfsburg.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan