Khamis, 4 April 2013

Keputusan perlawanan pusingan pertama suku akhir UCL


Real Madrid dilihat mempunyai kelebihan yang cukup selesa apabila berjaya menewaskan Galatasaray 3-0 di halaman sendiri. Bekalan dua gol yang dimiliki oleh Bayern Munich mungkin sudah cukup untuk menghadapi Juventus dalam perlawanan pusingan kedua nanti.

Peluang masih lagi terbuka buat empat pasukan iaitu PSG, Barcelona, Malaga dan Borussia Dortmund selepas masing-masing terikat dengan keputusan seri. Walaubagaimanapun, Barcelona dan Borussia Dortmund yang bakal beraksi di halaman sendiri bagi perlawanan pusingan kedua tampak mempunyai sedikit kelebihan untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan