Setelah Vidic mengesahkan bahawa dirinya akan beraksi bersama Inter Milan pada musim hadapan selepas kontraknya di MU tamat musim panas ini, MU kini dalam misi pencarian bagi melantik kapten pasukan yang baru.
Fletcher sememangnya mempunyai pengalaman dan personaliti untuk menjadi kapten
Fletcher bukanlah satu nama yang asing memandangkan dirinya adalah produk akademi MU dan turut menggalas tugas selaku kapten pasukan Scotland sebelum tersisih akibat kecederaan yang menimpa dirinya. Jika Fletcher dapat membuktikan dirinya cergas sepenuhnya dan mampu untuk beraksi dalam setiap perlawanan, lilitan kapten pastinya tidak mustahil diberikan kepada Fletcher.
Tidak seperti Fletcher, Rooney dibeli oleh MU pada usia 18 tahun dari Everton dan sepanjang bersama MU, Rooney telah menunjukkan minat yang cukup mendalam ketika beraksi walaupun terdapat insiden di mana Rooney menyatakan hasrat untuk berhijrah.
Rooney kini semakin matang dan menampakkan kualiti sebagai pemimpin atas padang
Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa Rooney sememangnya nadi utama MU sejak beberapa musim. Dengan khabar angin mengatakan Rooney bakal bersetuju untuk menandatangani kontrak baru dengan gaji sekitar 300 ribu pound seminggu, Rooney dilihat membuat keputusan untuk menjadi lagenda di MU.
Gaji sebanyak tersebut tampak setimpal dengan peranan dan fungsi Rooney yang mampu bermain secara efektif sama ada ketika menyerang, di bahagian tengah ataupun semasa bertahan. Kesungguhan Rooney ketika di atas padang tidak perlu diragui dan DM mungkin harus diberikan pujian dalam mengembalikan sentuhan Rooney pada musim ini selepas agak merosot pada musim lepas.
Terlalu banyak yang perlu dilakukan oleh DM terutamanya musim panas ini bagi memperbaiki skuad MU secara keseluruhan. Jadi, segala keputusan yang diambil oleh DM perlu dilakukan dengan pertimbangan yang sewajarnya bagi memastikan MU sentiasa berada dalam prestasi yang sepatutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan