Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, beliau
dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata: Di tengah malam beliau
mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau
berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”
Rasulullah mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya
sampai Rasulullah berkata, “Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa
isterinya padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah.”
Nabi pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak
menghargainya, tidak mengajaknya bicara, dan tidak mempertimbangkan
isterinya dalam mengambil keputusan. Nabi bersabda, “Tidak akan pernah
memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah
menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina.
Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a.
biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada
dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda
kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?”
Jawab Aisyah, “kerana saya haid, wahai Rasulullah.”
Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah
kembali padaku.” Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau.” (Hadis
Riwayat Sa’id bin Manshur)
Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, “sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya,
baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk
pewangi) dan isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah
s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w.
pada hari Raya ‘Aidil Adha’ setelah beliau melakukan jumrah aqabah.”
(Hadis Riwayat Ibnu ‘Asakir)
Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w.
menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami
(ke dalam bejana tersebut).” (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu
Syaibah)
Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya biasa menyikat rambut Rasulullah
s.a.w, ketika itu saya sedang haid.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Minum bergantian pada tempat yang sama
Minum bergantian pada tempat yang sama
Daripada Aisyah r.a., dia berkata: “Saya biasa minum dari cawan yang
sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan
mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian
saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian
Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada
tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya. ” (Hadis
Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)
Membelai isteri
“Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti
mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda
menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda
singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda
bermalam ditempatnya. ” (Hadis Riwayat Ahmad)
Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, “bahawa Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya
setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan tidak
mengulangi wuduknya.” (Hadis Riwayat Abdurrazaq)
Dari Hafshah, puteri Umar r.a., “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa
mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” (Hadis Riwayat Ahmad).
Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan
yang di sukainya seperti Aisy dan Umairah (pipi merah delima).
Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w. biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda
berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad,
ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah
diriku dari fitnah yang menyesatkan. ” (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)
Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a., dia berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah
s.a.w. di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku
menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena
titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian
beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di
sisiku.
Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada
bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari
tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.” (Hadis
Riwayat Nasai)
Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, “Ketika Nabi s.a.w.
menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, “Sesungguhnya
aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian
berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata
Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan
dikembalikan. J
ika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya
kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi
seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut
dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikannya kepada
masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak
kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita, lalu Baginda
masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda
kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita kalau menghadap, ia
menghadap dalam rupa syaitan. Apabila seseorang di antara kamu melihat
wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri
isterinya ada hal yg sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis
Riwayat Tirmizi)
Berkhidmat pada isteri
Cinta kasih Nabi terhadap Khadijah tergambar dalam riwayat berikut ini:
Setelah Khadijah meninggal dunia, Rasulullah menikah dengan Aisyah.
Suatu hari Rasulullah sedang berada di depan rumah. Tiba-tiba Rasulullah
meninggalkan Aisyah menuju kepada seorang perempuan. Rasulullah
memanggilnya dan menyuruh perempuan itu duduk di hadapan-nya kemudian
mengajaknya berbicara.
Ketika itu marahlah Nabi sampai bergoncang rambut di atas kepalanya.
Lalu beliau berkata, “Demi Allah, tidak ada yang dapat menggantikan
Khadijah.
Dialah yang memberikan kepadaku kebahagiaan ketika orang menghinaku.
Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku.
Dialah yang memberikan seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang
menahan pemberiannya.
Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang
lain tidak memberikannya. ” Mendengar itu Aisyah tidak dapat memberikan
jawaban.
Hadis ini diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim.
sumber: http://ijoks2009.blogspot.com/2014/02/kisah-romantik-rumahtangga-rasulullah.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan