Keputusan perlawanan:
MANCHESTER UNITED 0
OLYMPIAKOS 2
Dominguez 38'
Campbell 55'
Pemain terbaik perlawanan:
ALEJANDRO DOMINGUEZ
Kesebelasan utama MU:
Pertukaran pemain:
Kagawa >> Cleverley
Welbeck >> Valencia
Ulasan perlawanan:
MU boleh dikatakan menunjukkan persembahan terburuk musim ini apabila tewas 0-2 di tangan Olympiakos dalam perlawanan pusingan pertama peringkat kalah mata UCL di Greece. Walaupun di atas kertas MU tampak memiliki kelebihan dan menjadi pilihan untuk melepasi halangan wakil Greece itu, namun MU gagal bermain dengan baik sekaligus mengalami kekalahan.
DM membuat kejutan dengan meletakkan Cleverley, Valencia dan Young dalam kesebelasan utama MU. Keputusan tersebut tidak begitu digemari oleh kebanyakan peminat MU walaupun Cleverley menampilkan prestasi yang baik ketika bertemu Arsenal bagu-baru ini.
MU dilihat cuba mempamerkan corak permainan berhati-hati di Greece di mana Carrick dan Cleverley beraksi terlalu ke bawah menyebabkan Rooney dan RVP tidak memperoleh bantuan secukupnya. Valencia dan Young pula tidak mempunyai kreativiti yang baik menyebabkan mereka berdua hanya mengharapkan larian di sebelah tepi padang sahaja.
Olympiakos pula lebih selesa memberikan ruang kepada MU untuk menguasai permainan memandangkan mereka tahu MU hanya mampu membuat dan bertukar hantaran tanpa melancarkan serangan yang benar-benar mengancam.
Walaubagaimanapun, Olympiakos masih berupaya melancarkan serangan ke arah pintu gol MU. Usaha Olympiakos berhasil apabila Dominguez menjaringkan gol pertama selepas membias bola rembatan rakannya sekaligus menyebabkan DDG terkeliru dan bola dengan perlahan menerjah jaring gol MU.
MU cuba memperkemaskan permainan dan berusaha mencari gol penyamaan. Tetapi kegagalan bahagian tengah MU untuk melindungi bahagian pertahanan mmemberikan ruang kepada Olympiakos mudah untuk membolosi halangan MU.
Kerapuhan benteng pertahanan MU ditonjolkan lagi menerusi gol kedua Olympiakos yang dicipta menerusi rembatan cantik dari luar kotak penalti oleh Campbell. DM memasukkan Kagawa dan Welbeck bagi menggantikan Valencia dan Cleverley bagi memperbaiki kelemahan MU.
Kemasukan Kagawa ternyata memberikan sedikit impak dan MU mula dapat mengancam pintu gol Olympiakos. RVP terlepas peluang keemasan untuk sekurang-kurangnya mendapatkan satu gol walaupun hanya perlu menewaskan penjaga gol Olympiakos.
Dengan kekalahan 0-2, MU bakal berhadapan tugas berat untuk mengatasi Olympiakos kerana perlu mencari tiga gol di OT nanti. Jika MU terus menunjukkan persembahan tidak bermaya, Olympiakos tentunya mampu untuk melangkah ke peringkat suku akhir UCL walaupun berstatus bukan pilihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan