Kedah melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA 2014 dengan cukup bergaya apabila menumpaskan Perlis dengan keputusan 4-0. Kemenangan tersebut membolehkan Kedah untuk bertemu dengan JDT yang telah diberikan kemenangan percuma 3-0 ke atas T-Team hasil keputusan yang dicapai oleh FAM. Keputusan itu diambil selepas T-Team tidak menamatkan perlawanan selepas berlaku kontroversi di Johor.
Kelantan memerlukan gol di minit-minit akhir perlawanan bagi mengalahkan Sabah dengan keputusan 2-1. Di peringkat suku akhir nanti, Kelantan akan bertemu dengan Selangor PKNS yang membenam cabaran Terengganu.
Satu lagi perlawanan suku akhir akan melibatkan Sarawak dan KL Felda United di mana masing-masing mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Selangor dan KL Sime Darby FC.
Kesemua perlawanan suku akhir pusingan pertama akan berlangsung pada 11 Februari manakala pusingan kedua diadakan pada 18 Februari.
JDT vs Kedah
PDRM vs Pahang
Kelantan vs Selangor PKNS FC
KL Felda United vs Sarawak
PDRM vs Pahang
Kelantan vs Selangor PKNS FC
KL Felda United vs Sarawak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan