Isnin, 1 Julai 2013

Tak dan aiihh nak tengok walaupun lani banyak liga yang cuti


Piala Dunia B-20 FIFA yang berlangsung di Turki kini melangkah ke peringkat kalah mati. 24 negara yang layak beraksi dalam kejohanan dwi-tahunan ini dibahagikan kepada enam kumpulan (A, B , C, D, E dan F). 

Sepanyol, Portugal, Colombia, Greece, Iraq dan Croatia berjaya menjadi juara kumpulan masing-masing. Perancis, Nigeria, Turki, Paraguay, Chile dan Uruguay pula layak ke peringkat kalah mati (round of 16) selaku naib juara kumpulan.

Empat lagi negara di tempat ketiga terbaik iaitu Mexico, Korea Selatan, Ghana dan Uzbekistan dipilih bagi memenuhi kuota 16 pasukan terbaik. Sepanyol menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya mencatatkan tiga kemenangan dari tiga perlawanan di peringkat kumpulan. 

Walaubagaimanapun, Colombia dilihat antara pilihan untuk menjuarai kejohanan berdasarkan kecemerlangan pemainnya. Iraq mencipta kejutan dengan menjadi juara tatkala kumpulannya turut terdiri daripada Chile, Mesir dan England.








sumber: http://www.fifa.com/u20worldcup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan