MU sedang berusaha keras untuk mendapatkan sekurang-kurangnya seorang pemain tengah yang berkaliber. Ini adalah kerana MU gagal untuk memikat Thiago untuk menyertai MU yang mengambil keputusan berhijrah ke juara eropah, Bayern Munich. Selain itu, Strootman yang dikaitkan dengan MU turut tidak dibida oleh MU seterusnya memberikan laluan kepada AS Roma untuk mendapatkan Strootman.
Fabregas mungkin akan bertemu dengan RVP, sahabat lamanya jika menyertai MU
Fabregas dilihat mampu untuk menjadi pasangan yang sesuai buat Carrick di bahagian tengah MU. Dengan bersaranya Scholes, MU amat memerlukan pemain tengah yang mempunyai kreativiti dalam menjana serangan. Berdasarkan statistik permainan sama ada ketika di Arsenal mahupun Barcelona, Fabregas ternyata menepati kriteria yang dikehendaki oleh MU.
Peluang Modric untuk beraksi dalam kesebelasan utama Real Madrid tampak semakin tipis
Jika, khidmat Fabregas gagal untuk diperoleh, MU dikatakan akan beralih perhatian kepada Modric. Modric dijangkakan akan sukar untuk beraksi dalam kesebelasan utama Real Madrid selepas kelab gergasi Sepanyol itu berjaya mendapatkan khidmat dua pemain muda berbakat iaitu Isco dan Illarramendi.
Antara sasaran lain adalah Fellaini dan Marchisio. Fellaini lebih menjurus kepada menambahkan kekuatan serangan MU berdasarkan kemampuannya untuk menjaringkan gol manakala Marchisio pula berupaya menjadi 'box to box midfielder' sepertimana yang ditunjukkan di Juventus. Marchisio turut berhadapan nasib yang agak sama dengan Modric apabila tempatnya dalam kesebelasan utama Juventus telah diambil alih oleh Pogba.
Musim hadapan ini mungkin menjadi musim terakhir Bale bersama Spurs
MU juga diberitakan sedang berusaha untuk mendapatkan persetujuan Spurs bagi melepaskan Bale dengan harga sekitar 60 juta pound. Walaubagaimanapun, Spurs masih lagi tetap dengan keputusan untuk tidak menjual Bale pada sebarang harga. Aku merasakan pembelian Bale oleh MU akan cuba direalisasikan jika Rooney dijualkan ke kelab lain dan yuran perpindahan Rooney akan digunakan untuk dana bagi mendapatkan Bale.
Sekiranya Fabregas dan Bale menyertai MU, DM dilihat akan lebih menggunapakai formasi 4-2-3-1 di mana Fabregas dan Carrick bergandingan di bahagian tengah. Posisi pemain tengah kanan menyerang pastinya diberikan kepada Bale manakala Kagawa bertindak di belakang penyerang utama, tidak lain dan tidak bukan, RVP. Maka slot pemain tengah kiri menyerang akan menjadi rebutan antara Nani, Young dan Zaha.
Bahagian pertahanan tidak akan menyaksikan banyak perubahan kerana MU sudahpun mempunyai pemain-pemain yang mantap. Tetapi, dengan Ferdinand yang meningkat usianya dan Vidic yang kerap dilanda kecederaan, mungkin akan memaksa DM untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah berpengalaman memandangkan Smalling, Evans dan Jones masih lagi muda dan memerlukan seseorang yang lebih senior untuk memberikan arahan dan menyusun pertahanan ketika perlawanan berlangsung.
Giggs akan memastikan Zaha menjadi pemain sayap utama MU
Sudah dua perlawanan persahabatan yang telah dilalui oleh MU di mana perlawanan pertama di Thailand, MU tewas 0-1 tetapi mencatatkan kemenangan besar 5-1 dalam perlawanan kedua di Australia. Berdasarkan dua perlawanan tersebut, Zaha mencuri tumpuan dengan aksi permainan yang menarik di bahagian sayap dan dijangkakan akan memberikan sumbangan yang cukup signifikan buat MU dalam saingan musim hadapan.
Rata-rata peminat MU masih lagi ternanti-nanti pemain baru yang akan menyarung jersi MU untuk musim hadapan. Yang pasti, MU lebih berusaha untuk mendapatkan pemain yang sudah terbukti kemampuannya berbanding pemain muda bagi memperkuatkan skuad untuk mempertahankan kejuaraan BPL yang dimenangi serta memberikan cabaran dalam saingan eropah nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan