Jumaat, 26 Ogos 2011

Undian UCL 2011/2012

Champions League group stage

Group A: Bayern Munich, Villarreal, Manchester City, Napoli 

satu kumpulan yang boleh dianggap 'group of death' kerana kesemua pasukan dilihat mempunyai kekuatan. selaku gergasi jerman, bayern munich dilihat 'favourite' untuk layak ke pusingan kalah mati dari kumpulan A. namun tugas berat menanti memandangkan villareal dan man city bukanlah lawan yang mudah. napoli mungkin dilabel sebagai 'underdog' tetapi mereka masih mempunyai beberapa pemain berkaliber seperti marik hamsik.


Group B: Inter Milan, CSKA Moscow, Lille, Trabzonspor 

inter milan boleh dikira bernasib baik apabila diundi bersama kelab2 yang tidaklah begitu kuat terutamanya trabzonspor yang pertama kali beraksi di UCL selepas menggantikan fenerbache yang disingkir pada musim ini. walaupun menjadi juara perancis, lille mungkin tidak mempunyai skuad yang sama ketika menjulang kejuaraan kerana beberapa pemain utamanya seperti gervinho telah berhijrah ke kelab lain. hanya CSKA moscow sahaja dilihat mampu untuk mencabar inter milan namun wakil itali itu tetap menjadi pilihan untuk menjadi juara kumpulan.

Group C: Manchester United, Benfica, Basle, Otelul 

sepertimana inter milan, MU turut diundi dengan dua kelab kerdil iaitu FC basel dan otelul. basel merupakan kelab besar di switzerland tetapi jika dibandingkan keupayaan dengan MU mahupun benfica, basel mempunyai pasukan yang tidak begitu kuat. otelul juga membuat penampilan sulungnya dalam UCL musim ini. MU dan benfica dilihat pilihan untuk layak dari kumpulan C tanpa sebarang masalah.


Group D: Real Madrid, Lyon, Ajax, Dinamo Zagreb 

Group of death II. Calon untuk layak ke peringkat seterusnya adalah real madrid dan lyon.


Group E: Chelsea, Valencia, Bayer Leverkusen, Genk 

Keempat2 pasukan memiliki kekuatan seimbang. pemain baru chelsea, juan mata akan bertemu dengan pasukan lamanya iaitu valencia. bayern leverkusen mempunyai penyerang yang berbisa dalam bundesliga manakala kemampuan wakil belgium, genk tidak perlu diragui.


Group F: Arsenal, Marseille, Olympiacos, Borussia Dortmund 

Group of death III. juara bundesliga musim lepas, borussia dortmund dilihat mempunyai skuad yang stabil walaupun kehilangan nurin sahin. kelab greece, olympiacos dan wakil perancis, marseille mampu untuk membuat kejutan. walaupun menjadi group seeding, arsenal perlu menampilkan aksi bertenaga apabila bertemu kelab dalam kumpulan F. jika tidak, pasti arsenal sukar untuk melayakkan diri.


Group G: Porto, Shakhtar Donetsk, Zenit St Petersburg, APOEL 

porto menjadi pilihan utama untuk menjadi juara kumpulan. namun, tiga kelab lagi perlu bersaing untuk merebut slot kedua bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Group H: Barcelona, AC Milan, BATE Borisov, Plzen 

wakil dari kumpulan ini tidak lain dan tidak bukan adalah barcelona dan ac milan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan