spurs akan menyepak mula perlawanan BPL pertamanya selepas perlawanan hujung minggu lepas bertemu everton ditunda akibat rusuhan yang melanda di sebahagian kawasan kota london. spurs akan berkunjung ke OT untuk berhadapan juara musim lalu, MU tatkala MU ingin meneruskan rekod cemerlang beraksi di halaman sendiri.
spurs dilihat mempunyai momentum yang baik selepas berjaya mencatatkan kemenangan 5-0 apabila mengalahkan wakil scotland, hearts dalam pusingan pertama play-off europa league manakala MU pula pastinya berhasrat untuk meneruskan rentak kemenangan selepas mengecapi kemenangan 2-1 ke atas WBA. jika dilihat rekod perlawanan MU-spurs yang berlangsung di OT, ternyata rekod tersebut langsung tidak menyebelahi spurs apabila kali terakhir spurs berjaya mengalahkan MU di OT adalah pada tahun 1989. dan menurut pengurus spurs, harry redknapp berkata sepanjang kariernya sebagai pengurus kelab BPL, beliau tewas 13 kali di OT.
MU tampak sedikit tempang di bahagian pertahanan setelah dua tonggak utama iaitu rio ferdinand dan nemanja vidic terpaksa disisihkan akibat kecederaan. tambahan pula, MU juga dilihat menghadapi masalah bagi posisi penjaga gol apabila penjaga gol barunya, david de gea melakukan kesilapan dalam dua perlawanan terdahulu sekaligus menimbulkan keraguan terhadap benteng pertahanan MU. namun, SAF bakal memberikan kepercayaannya kepada dua pemain muda iaitu chris smalling dan phil jones untuk menjadi tonggak pertahanan tengah manakala fabio akan diletakkan di posisi rightback manakala patrice evra yang akan memakai lilitan ketua pasukan akan berada di posisi tetapnya iaitu leftback. de gea sekali lagi akan diberikan peluang untuk menjaga gawang gol MU dan de gea harus bekerjasama dan berkomunikasi dengan barisan pertahanan sekiranya tidak mahu gawang gol MU dibolosi.
di bahagian tengah mungkin akan menyaksikan sedikit perubahan di mana michael carrick dan anderson akan menjadi teras dan akan memberikan ruang kepada pemain muda, tom cleverly untuk bertindak lebih ke atas. untuk posisi sayap pula akan diisikan oleh nani di sebelah kanan dan ashley young di sebelah kiri. wayne rooney akan menjadi penyerang tunggal dan diharapkan rooney akan memperoleh sokongan dan bantuan sepatutnya daripada rakan2.
bagi spurs, mereka dijangkakan akan mengeksploitasi kelemahan de gea iaitu dengan cuba membuat percubaan jarak jauh. walaupun dijangkakan beraksi tanpa kelibat perancang utamanya, luka modric, spurs masih lagi mempunyai beberapa pemain yang berkualiti tinggi seperti gareth bale dan rafael van der vaart. bagi aku, MU tidak akan menghadapi kesukaran jika spurs meletakkan jermaine defoe atau roman pavluychenko sebagai penyerang berbanding peter crouch yang pastinya akan membahayakan pintu gol MU ketika situasi bola tinggi memandangkan pertahanan MU yang rata2nya masih lagi muda.
MU mungkin dapat melancarkan serangan dari sebelah kiri menerusi young kerana pemain rightback spurs masih muda dan kurang pengalaman. peluang tersebut harus dipergunakan dengan sebaik mungkin melalui pergerakan2 pantas yang dapat memecahkan benteng pertahanan spurs. berdasarkan kelebihan beraksi di halaman sendiri serta prestasi semasa MU dan keupayaan pemain, aku yakin MU mampu menewaskan spurs dengan keputusan 4-0 dan gol2 MU bakal disumbangkan oleh rooney, young dan cleverly.
GLORY GLORY MAN UNITED!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan