1. pemain pertahanan MU, rio ferdinand telah membuat kejutan apabila diberitakan dapat beraksi untuk MU dalam perlawanan menentang spurs di OT awal pagi selasa depan. ferdinand sebelum ini dijangkakan akan berehat selama 10 minggu akibat mengalami kecederaan hamstring, menunjukkan pemulihan yang cepat sekaligus berkemungkinan dapat turut beraksi untuk england dalam saingan kelayakan euro 2012.
2. spurs berjaya mencatatkan kemenangan besar 5-0 apabila mengalahkan wakil scotland, hearts dalam perlawanan pertama play-off europa league. tiga gol spurs dijaringkan oleh van der vaart, defoe dan livermore pada separuh masa pertama manakala dua gol lagi disumbangkan oleh bale dan lennon. yang mencuri tumpuan adalah pemain muda spurs, jake livermore yang pertama kali diturunkan dalam saingan peringkat eropah.
3. dua gol dari pemain antarabangsa USA, clint dempsey telah membantu kelabnya, fulham untuk memperoleh kemenangan selesa 3-0 ke atas kelab ukraine, dnipro. satu lagi gol fulham dijaringkan oleh pemain pertahanan, aaron hughes. tiga2 gol fulham dijaringkan dalam masa 10 minit pertama separuh masa kedua.
4. penyerang stoke city, danny pugh bakal menjadi kelabnya apabila meledakkan gol tunggal perlawanan apabila stoke city berjaya mencatatkan kemenangan di tempat lawan ke atas wakil switzerland, FC thun. dengan ini, stoke city hanya memerlukan sekurang2nya keputusan seri untuk melayakkan diri ke peringkat kumpulan europa legue.
5. MU dikatakan masih lagi berminat untuk mendapatkan pemain tengah inter milan, wesley sneijder dan bersedia untuk menanti sehingga tarikh tamat tingkap perpindahan bulan ogos ini. minat MU timbul semula selepas sneijder diberitakan bersetuju untuk mengurangkan permintaan gajinya.
6. bos air asia, tony fernandes telah menjadi pemilik baru bagi pendatang baru BPL musim ini, QPR apabila membelanjakan sekitar 35 juta pound untuk mendapatkan pemilikan QPR. selain itu, fernandes turut menyatakan kesediaannya untuk menyediakan dana kewangan untuk pengurus QPR, neil warnock untuk membeli pemain baru dan salah seorang pemain yang disasarkan adalah scott parker.
7. penyerang WBA, peter odemwingie telah menamatkan spekulasi perpindahannya ke kelab lain apabila menandatangani kontrak baru selama tiga tahun untuk terus kekal di WBA. penyerang berusia 30 tahun itu diberikan kontrak baru selepas prestasi yang memberangsangkan ditunjukkan oleh odemwingie di mana beliau menjaringkan 15 gol pada musim lepas.
8. atletico madrid nampak membelanjakan wang yang diperoleh daripada penjualan sergio aguero untuk mendapatkan dua pemain dari kelab portugal, porto dengan membeli radamel falcao dan ruben micael dengan yuran perpindahan sekitar 39 juta pound. falcao sebelum ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke chelsea telah menjaringkan 38 gol dalam semua pertandingan musim lepas dan membantu porto untuk menjulang kejuaraan europa league. micael pula terpaksa berpindah untuk mencari peluang beraksi dalam kesebelasan utama selepas gagal mendapatkan tempat di porto, tambahan pula porto turut memperoleh pemain tengah baru iaitu steven defour.
9. inter milan dan man city dikhabarkan gagal mencapai persetujuan berkenaan perpindahan carlos tevez sekaligus menyebabkan inter milan mensasarkan pemain lain bagi memantapkan bahagian serangannya. inter milan dikatakan berminat untuk mendapatkan penyerang atletico madrid, diego forlan yang dilihat sebagai pilihan yang lebih murah.
10. valencia diberitakan telah menolak tawaran 22 juta pound daripada chelsea ke atas pemain sayapnya, juan mata. mata yang merupakan sebahagian daripada skuad sepanyol yang memenangi piala dunia tahun lepas cuba dipancing oleh chelsea kerana dilihat mampu memberikan kreativiti kepada bahagian tengah chelsea. selain chelsea, mata turut menarik minat arsenal yang ingin mendapatkannya untuk menjadi pengganti bagi fabregas yang menyertai barcelona.
11. walaupun sedang menghampiri untuk menyertai man city, pemain tengah arsenal, samir nasri lebih berminat untuk menyertai MU. menurut rakannya, nasri bersedia untuk kekal di arsenal sehingga kontraknya tamat dan menyertai MU secara percuma tetapi tidak menerima maklumbalas yang menarik dari MU berkenaan dirinya. jadi nasri 'terpaksa' menyertai man city kerana melihat kemampuan kelab tersebut untuk menjulang piala berbanding arsenal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan