dalam perlawanan sulung BPL 2011/2012 hujung minggu ini, MU akan bertandang ke tempat lawan untuk bertemu dengan west bromich albion (WBA). pada musim lepas, MU hanya mampu seri 2-2 ketika bertemu WBA di OT tetapi mencatatkan kemenangan 2-1 apabila beraksi di the hawthorns. pada musim lepas, WBA merupakan salah satu dari tiga kelab yang layak beraksi dalam BPL dan berjaya menempatkan diri dalam kedudukan terbaik dalam sepuluh kelab bawah dalam saingan liga musim lepas.
bagi menghadapi musim baru ini, MU telah mendapatkan tiga pemain baru iaitu ashley young, phil jones dan david de gea selain pemain2 muda yang kembali ke OT selepas beraksi secara pinjaman pada musim lepas seperti tom cleverly, danny welbeck, fedrico macheda dan mame biram diouf. walaubagaimanapun, MU telah ketiadaan banyak pemain yang bersara, berpindah ke kelab lain, dilepaskan dan dipinjamkan. paul scholes, gary neville dan van der sar telahpun menggantungkan kasut bola sepak masing2 manakala john o'shea dan wes brown berpindah ke sunderland sementara gabriel obertan ke newcastle united. owen hargreaves dilepaskan oleh MU akibat masalah kecederaan manakala bebe dipinjamkan ke kelab turki fenerbache.
jadi, SAF perlu memastikan MU mampu beraksi dengan skuad sedia ada selain ketiga2 pemain baru dapat menyesuaikan diri dengan secepat mungkin agar dapat memberikan sumbangan yang bermakna. setakat ini, jones dan young dilihat sudah dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan MU memandangkan kedua2 mereka sudah mempunyai pengalaman beraksi dalam BPL berbanding de gea yang tampat sedikit gugup dan mungkin memerlukan satu atau dua perlawanan untuk membiasakan diri beraksi dalam BPL.
dalam perlawanan sulung ini, aku menjangkakan SAF akan menggunakan formasi 4-2-3-1 untuk menentang WBA. memandangkan chicharito tidak dapat beraksi sekurang2 untuk tiga minggu lagi, rooney bakal bermain secara keseorangan dan akan disokong oleh valencia di sayap kanan, nani di sayap kiri dan young bertindak sebagai 'forward'. bahagian tengah MU akan dikemudikan oleh gandingan anderson dan carrick. di bahagian pertahanan pula, rasanya barisan pemain yang sama ketika perlawanan perisai komuniti hujung minggu lepas akan diturunkan iaitu smalling di posisi rightback, evra di leftback manakala ferdinand dan vidic di pertahanan tengah. bagi posisi penjaga gol, aku merasakan de gea akan diberikan kepercayaan sekali lagi untuk menjaga gawang MU.
berdasarkan pemain2 dan formasi yang bakal digunakan oleh MU, aku menjangkakan MU mampu untuk mencatatkan kemenangan sulung BPL musim ini di tempat lawan dengan keputusan 4-1 menerusi jaringan rooney, nani dan young. namun MU akan berhadapan kesukaran untuk memperoleh kemenangan kerana WBA bukanlah lawan yang mudah, tambahan pula kini WBA mempunyai bekas penjaga gol MU, ben foster yang berhijrah dari birmingham city pada musim panas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan