Rabu, 10 Ogos 2011

Kompilasi berita

1. pemain pertahanan newcastle united, fabricio coloccini ingin berhijrah ke valencia setelah kelab sepanyol tersebut bersedia untuk memenuhi tuntutan newcastle united iaitu sebanyak 5 juta pound.
2. penyerang turki, sanli tuncay yang pernah beraksi bersama beberapa kelab BPL seperti stoke city dan middlesbrough dikatakan akan kembali bermain di england dengan menyertai bolton wanderers. tuncay yang berpindah ke wolfburg pada bulan januari tahun ini gagal menyinar di jerman dan ingin beraksi semula dalam BPL.

3. arsenal telah meminta man city untuk mengemukakan tawaran 22 juta pound dengan membuat bayaran secara penuh sekiranya ingin mendapatkan pemain tengahnya, samir nasri. arsenal memerlukan wang tersebut untuk mencar pengganti nasri dengan secepat mungkin kerana bimbang skuad sedia ada tidak mampu bersaing pada musim baru ini.

4. playmaker inter milan, wesley sneijder diberitakan akan menyelesaikan segala urusan perpindahannya ke MU dalam jangka masa 48 jam. MU dan inter milan telah mencapai persetujuan dengan melibatkan yuran perpindahan 32 juta pound. selain itu, penaja utama bagi jersi MU, nike turut dikatakan terlibat dalam urusan pembelian sneijder bagi menampung permintaan gaji sneijder.

5. lagenda MU, peter schmeichel telah memberikan sokongan kepada penjaga gol baru MU, david de gea dengan menyatakan segala kritikan yang diberikan terhadap de gea adalah 'sampah'. ini adalah kerana schmeichel menganggap bahawa de gea mampu untuk menjadi penjaga gol yang hebat buat MU tetapi memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan BPL.

6. pemain baru newcastle united, gabriel obertan yang dibeli dengan harga 3 juta pound ingin membuktikan keupayaannya bermain dalam BPL setelah gagal menyinar sepanjang dua musim bersama MU. obertan dijangkakan akan membuat penampilan sulung buat newcastle united dalam perlawanan BPL hujung minggu ini menentang arsenal.

7. bakal beraksi dalam saingan eropah, stoke city mensasarkan pemain sayap man city, shaun wright-phillips (SWP) untuk memperkuatkan pasukan. stoke city bersedia untuk mengemukakan tawaran 2 juta pound bagi memenuhi permintaan man city dan menawarkan kontrak yang menarik kepada SWP bagi mengatasi tawaran bolton wanderers yang turut berminat untuk mendapatkan SWP.

8. selepas jonathan woodgate, seorang lagi pemain pertahanan telah menyertai stoke city secara percuma iaitu matthew upson. upson menyertai stoke city dari west ham united akan bersaing dengan woodgate dan dua lagi pemain pertahanan iaitu ryan shawcross dan robert huth bagi merebut posisi pertahanan tengah dalam kesebelasan utama.

3 ulasan:

  1. klu tgok pada nama...mmg hebat2 gak la benteng skuad stoke city musim baru ni..ke-empat2 defend ni penuh pengalaman dgn team2 elit serta skuad kebangsaan..uhuhuh...

    BalasPadam
  2. klu betoi dapat sneider ni brapa la gaji dia ?..hmmm slepas tgok aksi cleverey serta lain2 plyer muda baru2,rasa mcm xperlu pulak sneider ni..hahahahaha

    BalasPadam
  3. yup. stoke duk buil-up team sbb masuk europa league musim ni. sebab tu pulun nak cari player...

    sneijder lak, katanya nak 200 ribu pound, MU nak offer 180 ja... hat lebih tu, kasi sponsor ka, image right yg cover, so leh la kot up jat 200++... tu yg nike masuk campoq jgk tu...

    BalasPadam