Manchester United 3
danny welbeck 61'
anderson 76'
wayne rooney 86'
Tottenham Hotspur 0
Ulasan perlawanan:
SAF membuat kejutan apabila mengekalkan welbeck dan cleverly dalam kesebelasan utama manakala jones dan evans bergandingan di bahagian pertahanan tengah menggantikan ferdinand dan vidic yang mengalami kecederaan. formasi yang digunakan oleh MU adalah 4-4-1-1 dan selaku pemain senior, evra diberikan tugas sebagai kapten pasukan.
separuh masa pertama, MU dan spurs lebih banyak berlegar2 di kawasan tengah padang. kedua2 pasukan tidak melancarkan serangan2 yang begitu mengancam pintu gol lawan. walaubagaimanapun, terdapat beberapa percubaan yang memerlukan aksi tangkas daripada kedua2 penjaga gol. yang menarik perhatian adalah DDG yang nampak lebih tenang dan tangkas menyelamatkan sekurang2nya dua percubaan tepat daripada pemain spurs.
taktikal spurs yang hanya meletakkan defoe sebagai penyerang tunggal sedikit sebanyak memudahkan tugas bahagian pertahanan MU. defoe kelihatan selalu keseorangan manakala playmaker spurs, VDV pula terpaksa bergerak lebih ke tengah untuk mendapatkan bola. ini adalah kerana keberkesanan anderson mengemudi bahagian tengah MU yang dibantu oleh cleverly.
MU lebih gemar menyerang menerusi young tetapi kadang kala nani turut mengucar-kacirkan pertahanan kental spurs. separuh masa pertama menyaksikan tiada sebarang gol dijaringkan setelah kedua2 pasukan bermain secara kompak. selain itu, SAF turut mengakui bahawa welbeck yang acapkali turun ke tengah sepertimana rooney telah menyebabkan MU kehilangan sasaran di bahagian depan sekaligus menyukarkan peluang untuk menjaringkan gol.
dalam separuh masa kedua, terdapat banyak perbezaan dalam corak permainan MU. hantaran2 kelihatan lebih pantas dilakukan manakala smalling dan evra lebih kerap melakukan overlapping untuk membantu serangan. hasilnya, smalling yang naik ke atas dan bertukar hantaran dengan cleverly sebelum cleverly membuat hantaran silang yang bijak ditanduk masuk oleh welbeck.
sejurus gol pertama perlawanan, MU tampak lebih berselera untuk memburu gol manakala spurs pula cuba untuk bertahan. serangan pantas MU yang bermula dari lontaran jauh DDG telah memberikan gol kedua MU menerusi gandingan pergerakan welbeck dan anderson. anderson mudah merembat bola masuk ke dalam gawang gol apabila hanya berhadapan dengan penjaga gol spurs. kini, anderson seperti telah menunjukkan potensinya yang menyebabkan MU mendapatkannya 3 musim lepas.
dengan perlawanan berbaki 10 minit, SAF memasukkan giggs, JSP dan chicharito bagi menggantikan cleverly, welbeck dan young. ternyata kemasukan ketiga2 pemain tersebut membuahkan hasil apabila giggs bijak melambung bola ke dalam kotak penalti spurs sebelum bola tersebut ditanduk masuk oleh rooney. sepertimana yang dikatakan oleh komentator, rooney tidak begitu meraikan gol tersebut kerana sememangnya rooney telah merasakan dirinya akan mampu memperoleh gol dalam perlawanan tersebut.
secara keseluruhannya, MU bermain dengan baik terutamanya dalam separuh masa kedua. hantaran yang dilakukan adalah kemas, larian2 yang pantas serta kreativiti dalam menjana serangan. spurs bukanlah lawan yang mudah namun prestasi pemain2 muda MU begitu menggalakkan. pujian harus diberikan kepada jones yang begitu mantap di bahagian pertahanan. DDG juga tidak mengecewakan walaupun melakukan sedikit kesilapan dalam beberapa situasi di hujung perlawanan. MU pastinya akan cuba untuk berada di bahagian atas liga secara konsisten agar man city tidak berupaya untuk menjarakkan mata dengan MU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan