Khamis, 4 Ogos 2016

Dah tetap dah bahagian serangan


Berdasarkan dua perlawana persahabatan yang dilalui, JM tampaknya sudah memperoleh formula untuk bahagian serangan MU untuk musim baharu ini.

JM akan mempertaruhkan empat pemain iaitu Ibrahimovic, Rooney, Mkhitaryan dan Martial bagi mengemudikan bahagian serangan MU. Jadi, bolehlah dikatakan keempat-empat mereka akan sentiasa tersenarai dalam kesebelasan utama MU.

Ibrahimovic pastinya akan berada di bahagian paling hadapan sebagai penggempur utama gol pihak lawan. Rooney akan beraksi di belakang Ibrahimovic dan akan menggalas tugas No. 10 sepertimana yang telah dilakukan Rooney ketika Ronaldo menyarung jersi MU dahulu. 

Mkhitaryan akan bertindak selaku pemain tengah menyerang sebelah kanan manakala Martial di sebelah kiri. Walaubagaimanapun, Mkhitaryan dirasakan akan diberikan lesen oleh JM untuk bergerak masuk ke tengah jika ada keperluan. Sesuai dengan nombor jersi barunya iaitu 11, larian deras dan kemahiran gelecekan Martial pastinya ditagih bagi mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Gandingan empat pemain ini boleh dikatakan menjelmakan semula gandingan serangan terbaik MU di zaman SAF iaitu Sheringham, Yorke, Cole dan Solksjaer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan