Jumaat, 19 Ogos 2016

Tabik hormat kepada peminat Celtic FC


Syabas buat para penyokong Celtic FC.

Tiada kata yang dapat menggambarkan kesungguhan dan kesanggupan para penyokong Celtic FC yang telah mengibarkan bendera Palestin di stadium ketika pertemuan antara Celtic FC dengan kelab dari Israel, Hapoel Beer Sheva dalam perlawanan kelayakan UCL musim ini.

Tindakan ratusan penyokong bola sepak yang mengibarkan dan menaikkan bendera Palestin sebagai memberikan sokongan kepada Palestin yang dizalimi dan memprotes tindakan pendudukan haram Israel di bumi Palestin.

Walaupun berlainan agama, namun penyokong Celtic FC ternyata mempunyai sifat kasih sayang sesama manusia bagi menyatakan ketidaksetujuan dengan segala kekejaman Israel.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan